Dalam menyambut ‘Maal Hijrah’ hari ini,
ramai yang membuat azam untuk meningkatkan kemampuan diri agar berjaya di dunia
dan akhirat.
Abdul Rahman |
Ini bersesuaian dengan tarikh Maal Hijrah
atau Awal Muharram yang menjadi detik permulaan perkiraan tahun Islam Hijrah
sepertimana disebut dalam lagu “Maal Hijrah” yang berkumandang setiap kali
sambutan ini.
Ia merupakan hari yang penting bagi umat
Islam kerana menandakan peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622
Masihi. Antara lirik lagu itu:
"Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan”
Norsalehen |
Bagi jurukamera Bernama News Channel
(BNC) Abdul Rahman Othman, sambutan Maal Hijrah menandakan tahun baharu Islam
untuk menyatakan azam yang hendak dicapai.
“Azam saya insyaAllah nak berbakti kepada
kedua-dua mak dan ayah, keluarga, anak-anak dan agama Islam...Amin.," kata Abdul
Rahman, 52.
“Dari segi kerjaya, harapan saya agar BNC
dan Bernama disukai orangramai,” katanya
yang telah berkhidmat hampir 24 tahun dengan Bernama.
Bagi webmaster, Norsalehen Ahmad Kharani
yang telah empat tahun berkhidmat dengan Bernama, kedatangan Maal Hijrah
memberi kesempatan untuk memperbaharui azam.
“Azam tahun baru saya untuk menjadi insan
yang lebih baik di dunia dan akhirat di samping berbakti kepada ibu bapa dan
mengubah kekurangan diri.
Muhammad Naqib |
“Saya juga berazam untuk meningkatkan
lagi kemahiran dalam bidang ICT dan mempelajari benda baru mengenai ICT yang
kita sedia maklum terlalu cepat berkembang,” kata Norsalehen, 29, dari Bahagian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Setiausaha pejabat Muhammad Naqib Roslan,
23, juga berazam meningkatkan keupayaan diri.
“Sempena Maal Hijrah yang mulia ni, saya
ingin menjadi insan yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ni supaya
kehidupan saya diredhai oleh Allah SWT, In Sha Allah,” kata Naqib yang baharu sembilan
bulan menjadi petugas Bernama.
Beliau telah menjalani latihan amali
selama tiga bulan di Bernama pada tahun 2015.
No comments:
Post a Comment