Foto Shamsudin Puteh |
Ketika
kebanyakan orang diulit mimpi, sebilangan kecil petugas Jabatan Pengarang masih
bekerja walaupun waktu hampir pukul 4 pagi.
Mereka bertugas untuk menyediakan berita berhubung
kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Washington atas undangan Presiden Donald Trump.
Selain
penyunting Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, turut berada di pejabat ialah petugas
Unit Foto yang bertanggungjawab menyalurkan foto-foto pertemuan dua pemimpin
itu serta yang berkaitan.
Begitu juga petugas Meja berita, Meja Multimedia dan Bernama.com.
Perbezaan
waktu antara Malaysia dan Washington -- siang di sana, malam di sini, memerlukan
Bernama melanjutkan waktu operasi bagi
mengeluarkan berita berkenaan sebaik sahaja ia diterima.
Foto Bernama |
Datuk
Seri Najib tiba di Rumah Putih pada pukul 11.45 pagi dan disambut Presiden
Trump di pintu masuk West Wing.
Mereka mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri
dan pegawai kanan masing-masing sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan
empat mata di Pejabat Oval.
Kunjungan
Datuk Seri Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsung lebih
sejam.
Pegawai
yang berada di Rumah Putih berkata Trump mengiringi Datuk Seri Najib hingga ke pintu untuk
mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin
berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama .
Foto Bernama |
“Tugas
kumpulan kami, termasuk Nurul Afida dan Rubiah, bermula pada pukul 10 malam dan
dijadual berakhir pada pukul 6 pagi,” kata penyunting Meja Bahasa Malaysia, Encik
Shamsudin Puteh.
“Bagi
saya, kopi dan biskut menjadi peneman untuk berjaga. Keadaan begini jugalah
yang dihadapi semasa berlakunya tragedi Penerbangan MH370 dan MH17 dulu, selain
Pilihan Raya Umum Ke-13.
“Semoga Allah permudahkan urusan kami,” kata Encik Shamsudin yang
menganggapnya sebagai tugasan terakhir beliau sebelum tamat kontrak, berkemungkinan
esok.
No comments:
Post a Comment