Tuesday 12 September 2017

Pengusaha berpengalaman bakal kendali kafeteria...

Pengusaha baharu kafeteria Wisma Bernama dikhabarkan pengendali yang sama  kafeteria sebuah hospital di ibu negara serta mempunyai restoran.
Pemilihan dibuat berdasarkan kesanggupan pengusaha itu menyediakan makanan dengan harga berpatutan, perkakas serta membayar sewa bulanan RM1,500.
Wakil Jawatankuasa Kantin memaklumkan kepada mesyuarat jawatankuasa penyelarasan Bernama semalam bahawa kadar sewa itu masih rendah berbanding sewa RM5,000 bagi kafeteria Perpustakaan Negara di sebelah Wisma Bernama.
“Kadar yang berpatutan itu diberikan supaya harga makanan yang disediakan adalah murah,” katanya.
Kontrak dengan pengusaha baharu itu ialah selama dua tahun.
Kafeteria itu ditutup sementara sejak 1 September lepas bagi membolehkan persediaan dibuat oleh pengusaha baharu. Ia dijangka dibuka semula Oktober ini.
Bagi kemudahan petugas, perkhidmatan food truck disediakan di perkarangan Wisma Bernama sehingga kafeteria beroperasi semula.
Para petugas juga mempunyai pilihan berkunjung ke kafe yang diperkenalkan koperasi Bernama di tingkat 8, Wisma Bernama.
Jawatankuasa Kantin dibantu oleh Bahagian Pentadbiran telah membuka tawaran sewaan kafeteria dan Perkhidmatan Menyediakan Makanan Bermasak Islam yang telah diiklankan di BERNAMA.COM pada 25 Julai 2017.
Seramai tujuh pengusaha telah menyertai tawaran itu.


No comments:

Post a Comment