Wednesday 6 September 2017

Penghijrahan istimewa bagi Fatin...



Sambutan Maal Hijrah kali ini membawa makna istimewa dan mendalam bagi Fatin Najimi Hj Mohammad Shah.  
Beliau akan berhijrah ke alam baharu dengan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idaman hati Lt Muhamad Syazwan Haji Alias.
“Majlis akad nikah pada 22 Sept 2017 bersamaan 1 Muharram di Masjid Zahir Alor Setar….Hari Jumaat, Maal Hijrah,” kata Fatin yang berkhidmat di InfoLibNews Bernama.
Tarikh Maal Hijrah sememangnya dipilih untuk majlis akad nikah itu.
“Ya. Fatin memang dari sekolah rendah lagi suka ikut perarakan maal hijrah. Tapi masa tu tak faham apa-apa.
“Bila dah masuk UIA (Universiti Islam Antarabangsa), saya mula didedahkan dengan pengertian sebenar hijrah. Jadi sejak itu saya ambil ia sebagai satu benda yg besar.
“Tambahan pula, saya jenis suka "renew" niat setiap tahun. Tak kira tahun masihi atau tahun hijrah. Kebetulan, masuk maal hijrah tahun lepas memang saya ada niat untuk berkahwin dan menyuarakan pada ibu untuk mendokan saya,”katanya.
Keceriaan jelas terpancar pada wajahnya semasa mengedar kad jemputan untuk majlis perkahwinannya yang akan diadakan di rumah keluarganya di Alor Setar pada 23 September ini.
Walaupun pelbagai soalan bermain di fikiran, namun Fatin berpegang kepada pesanan ayahnya Haji Mohammad Shah Hassan agar tenang menghadapi segalanya.
Fatin dan Syazwan sama-sama menuntut di UIA dari 2010 hingga 2014 –- Fatin dalam bidang komunikasi manakala Syazwan lulusan bidang sains politik.
Mereka bertunang April lepas.
Majlis keraian perkahwinan di sebelah Syazwan pula akan diadakan di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 30 September.  
  


No comments:

Post a Comment