Seperti kebanyakan jemaah Haji yang baharu
pulang dari Tanah Suci, perasaan Pegawai Berita Meja Bahasa Arab, Muammar
Eusoffi Zainol Abidin bercampur antara sedih dan gembira.
“..rasa sedih nak tinggalkan tanah haram
dan gembira sampai ke tanah air.
“Perasaan sedih tinggalkan tempat yang
mendekatkan kita dengan Tuhan dan tempat penuh bersejarah nabi kita,” katanya
yang berada selama tiga minggu di Arab Saudi bagi mengerjakan Haji.
Beliau tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa KL (KLIA) pukul 9.30 malam tadi bersama-sama Pengurus Besar
Bernama Datuk Zulkefli Salleh yang diiringi isterinya Datin Ruhiza Hashim, Pengarah
Operasi Bernama News Channel (BNC) Hakimi Zuffrida Mohd Zain dan mantan
Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Hajah Salbiah Said, yang
kini bertugas dengan Unit Portal.
“Alhamdulillah semua okay tapi ada la
sakit sikit-sikit..batuk ni tak hilang lagi,” kata Muammar.
Menurutnya, beliau akan merindui suasana beribadat
di sana.
“Kat sana semua datang dengan tujuan yang
sama iaitu ibadah, kira jauh dari fikiran duniawi…
Beliau juga akan mengingati ketenangan di
Madinah setelah berada selama empat hari di kota bersejarah itu.
“…selepas ujian dan cabaran di Mekah, kami
datang ke Kota Madinah yang sangat tenang.
“Ketenangan itu menambahkan lagi perasaan gembira…rasa seronok
sangat kat Madinah
“Di Madinah ulang-alik masjid dan pergi
tempat bersejarah seperti Bukit Uhud, Masjid Quba, pasar kurma dan lain-lain.
“Madinah kota bersejarah, terdapat Masjid
Nabawi yang memberi ganjaran pahala 1,000 kali ganda berbanding solat di masjid
lain di dunia kecuali Masjid al-Haram,
Muammar (berbaju biru) bersama Hakimi (kanan) |
Hakimi pula akan turut merasa rindu terhadap Tanah Suci "kerana kita tidak tahu bila dan jika kita akan kembali lagi".
"Semasa tawaf wida sebelum meninggalkan Mekah saya menangis dan berasa amat sedih untuk meninggalkannya.
"Rindu perasaan dekat dengan Allah SWT...di sana apa saja kita lakukan adalah berkait dengan-Nya.
Pengalaman mengerjakan Haji memberi iktibar kepada Hakimi dari segi keinsafan diri, kesabaran dan toleransi.
"Sebab di sana, kita bertemu pelbagai bangsa dan ragam...dari semua negara," katanya.
No comments:
Post a Comment