Pergerakannya yang terbatas menggunakan
kerusi roda membuatkan Ketua Meja
Ekonomi Bernama News Channel (BNC) Minggu Simon Lhasa berasa resah dan ‘bosan’.
“Masih tak dapat berjalan dan kena pakai
kerusi roda… boring duduk tak dapat bergerak,” kata Minggu yang sedang
bercuti sakit disebabkan ‘chronic gout’.
“Awal Jun dulu masuk hospital dua kali
sebab terlalu sakit. My knee kena tebuk untuk keluarkan uric acid crystals.
“Satu botol kecil dikeluar dalam dua
jam,” kata Minggu yang kini berada di rumah keluarganya di Sibu.
Beliau pulang bercuti untuk sambutan Hari
Gawai apabila mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak dapat berjalan
dan dimasukkan ke Hospital Sibu.
“Kaki dah tak sakit sangat tapi badan
kadangkala amat sakit, rasa kena tumbuk seluruh badan...so belum stabil
kesihatan,” kata Minggu yang akan menyambut hari lahir ke-49 pada 30 September
ini.
“Buat pertama kali dalam 20 tahun, I
will celebrate it in Sibu. Of course, mahu cepat dapat balik kerja,”
katanya mengenai ‘permintaan’ harijadinya (birthday wish).
Beliau cuti sakit sehingga hujung bulan ini
tetapi doktor mungkin menyambung cutinya memandangkan beliau masih tidak
dapat berjalan.
“I hanya sekadar boleh berdiri saja,”
kata Minggu yang dijaga oleh bapa dan adik-adiknya.
“Kalau di KL siapa nak jaga?” kata orang
bujang itu yang merupakan
Pewarta Bernama di Bangkok sebelum kembali ke ibupejabat tahun lepas dan ditempatkan di BNC.
Walaupun perit menghadapi ujian itu,
Minggu berazam untuk sembuh daripada penyakitnya.
Namun beliau tidak bersedia berkongsi
foto terkininya kerana “nanti ada yang terkejut” melihat berat badannya yang turun
lebih 10 kilogram.
“Sorry…at the moment I just recover a
bit. So I really look very bad..last month was the worst,” katanya tetapi
mengizinkan fotonya di Facebook ketika dirawat di hospital digunakan.
Beliau dirawat dua kali di hospital dalam
bulan Jun – kali pertama selama lima hari dan berikutnya lapan hari.
Minggu berkata banyak pantang yang beliau
perlu patuhi dalam usaha untuk sembuh dan berkongsi ‘petua’ berikut dengan mereka
yang mahu mengelak gout.
“Daging mesti kurang .. terutama daging
lembu. Ikan mackerel is a no go. Begitu juga ada sayuran.
“Kalau gout lebih baik jumpa specialist.
Mereka akan bagi list yang panjang. Kalau kena serang hampir setiap
minggu memang wajib jumpa doktor.
“Kalau susah nak melangkah atau berdiri
itu mungkin tanda uric acid crystals dah melekat di tulang.
“Pasal makanan, kalau setiap kali makanan
tertentu you diserang gout maka itu paling pantang.
“Degree sensitivity terhadap
makanan adalah berbeza antara seseorang,” kata Minggu.
“Biasanya ia serang lelaki terutama kalau
keturunan ada gout,” kata Minggu yang telah menghidap penyakit itu lebih lima
tahun.
“Tapi dulu not paying much attention
sebab makan painkiller dan ubat gout dari klinik dah okay…Ia serius
dalam tahun ini,” katanya.
“Saya makan seperti biasa..problemnya
tak jumpa specialist. Pergi klinik biasa doktor tak bagi nasihat yang
jelas,” katanya.
Antara ubat yang diberikan kepadanya oleh
doktor untuk gout ialah allopurinol.
“Sekarang 300mg dan doktor kata mungkin
kena ambil yang 400 atau 500 mg,” katanya yang turut menggunakan bahan
tradisional.
“.. madu kelulut, teh daun durian
belanda, celery seed supplements, buah ceri seem to help a bit,”
katanya.
Setelah lama tidak ke pejabat, Minggu
berkata beliau ‘rindu’ kepada rakan-rakan.
Beliau ada berhubung dengan mereka “tapi
tak nak ganggu sangat orang kerja.”
“I miss main stock market dengan
mereka di BNC…ha ha.
“Bagi rakan saham saya, sabar lah...nanti
saya balik kita mula lagi...ha ha,” katanya.
No comments:
Post a Comment