Tuesday 5 September 2017

Haji Fuad mula tugas sebagai Editor PBA...

Editor Perkhidmatan Berita Antarabangsa (PBA) yang baharu, Haji Ahmad Fuad Yahya memulakan tugas hari ini menggantikan Cik Nor Faridah Abdul Rashid yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarang, Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE).
Haji Fuad sebelum ini merupakan Pengarang II Meja Berita, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN).
Majlis menyambut kedatangan Haji Fuad diadakan petang ini di tingkat 6 Wisma Bernama dengan dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarang PBA, Ahmad Zukiman Zain.
Ketua Meja Bahasa Arab, Ustaz Razee Hassan serta warga PBA hadir pada majlis itu.
Ketiga-tiga  pewarta di Singapura, Bangkok dan Jakarta turut mengucap tahniah dan selamat datang kepada Haji Fuad menerusi WhatsApp kumpulan.
Malah Pegawai Berita Meja Bahasa Arab, Muammar Eusoffi Zainol Abidin, yang berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Haji, turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Haji Fuad sebaik foto majlis berkenaan dimuat-naik di WhatsApp kumpulan.  
PBA juga mendapat khabar gembira apabila Pegawai Berita Azzah Mohamad Som selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.3kg di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada pukul 6.05 petang semalam.

No comments:

Post a Comment