Wednesday 20 September 2017

Kupon Pesta Durian bak 'goreng pisang panas'...

Menjelang Pesta Durian anjuran Kelab Kakitangan Bernama (KKB) di perkarangan Wisma Bernama esok, jualan kupon untuk acara itu begitu menggalakkan bak 'goreng pisang panas'.
Anggota jawatankuasa pesta, Muhammad Abdul Hadi Jurimi dan Mohd Fikri Ahmad tersenyum lebar ketika bergerak dari bahagian ke bahagian di Wisma Bernama untuk menjual kupon berharga RM15 itu.
“Kupon ni bukan setakat untuk makan durian tetapi bagi cabutan bertuah…banyak hadiah yang disediakan,” kata Fikri.
Hadiah utama berupa telefon bimbit manakala hadiah lain merupakan hamper termasuk barangan dari Ikea.
Fikri berkata satu keistimewaan pesta kali ini ialah pihak penaja iaitu FAMA akan turut menyediakan cempedak goreng.
“Cendol durian pun ada,”katanya.
KKB sebelum ini menyatakan sebanyak 700kg durian dijangka disediakan oleh pembekal FAMA untuk pesta itu .
“Semua durian kahwin...D24, udang merah dan lain-lain,” kata anggota jawatankuasa Suhendri Daud.
Dijangkakan 400 orang akan menyertai ‘pesta’ itu bertujuan menggalakkan silaturahim di kalangan warga Bernama.





No comments:

Post a Comment