Thursday 21 September 2017

Menyambut Maal Hijrah...

Warga Bernama bersama-sama mengimarahkan Surau Al Shafie, Wisma Bernama untuk majlis bacaan yasin dan tahlil sempena Maal Hijrah 1439.
Majlis dipimpin oleh saudara Asri Junin yang dibantu oleh Muammar Eusouffi Zainol Abidin, yang baharu pulang daripada mengerjakan haji di Tanah Suci.
Muammar berkata mereka memohon keberkatan dan rahmat sempena pengakhiran tahun dan permulaan tahun baharu.
"Syukur Alhamdulillah, kita dapat bersama-sama meraikan kedatangan tahun baharu Islam dengan azam untuk menjadi insan yang lebih baik," katanya.
Mereka kemudian mendirikan solat Zohor.  



.

No comments:

Post a Comment