Thursday 7 September 2017

Berita kesihatan tingkatkan pengetahuan masyarakat...

Isu kesihatan yang diketengahkan oleh media seringkali menjadi ikutan dan rujukan rakyat secara amnya, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Menurutnya, maklumat mengenai kesihatan yang disiarkan media bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan pengetahuan mengenai kesihatan tetapi juga mendorong rakyat mendapatkan perkhidmatan dan menyertai program yang dianjurkan kementerian.
Beliau berkata demikian pada Anugerah Media Kesihatan 2017 anjuran Kementerian Kesihatan di ibu negara malam ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia, Datuk Dr Chamil Wariya.
Sebanyak 19 kategori anugerah dipertandingkan termasuk Anugerah Khas Juri yang dimenangi Dr Suhazeli Abdullah daripada Kementerian Kesihatan.

No comments:

Post a Comment