Tuah
menyebelahi Pengurus Unit Media dan Agensi Berita Asing Mohd Noor Atan apabila
beliau memenangi hadiah utama sebuah televisyen berukuran 32 inci dalam cabutan
bertuah sempena Pesta Durian anjuran Kelab Kakaitangan Bernama (KKB).
“Rezeki
Allah bagi…tak sangka la kan tapi happy,” katanya yang menerima hadiah itu
daripada Presiden KKB Datuk Mokhtar Hussain, yang juga Timbalan Ketua Pengarang
Perkhidmatan Berita Dalam Negeri.
“Ha
ha…of course lah terkejut,” kata beliau mengenai perasaannya apabila mengetahui
mengenai kemenangannya itu.
Sambil
menyifatkannya sebagai rezeki hujung tahun 1438 Hijrah, Mohd Noor berkata beliau
belum pasti apa yang akan dilakukan dengan televisyen itu memandangkan TVnya
yang ada di rumah lebih besar berukuran 46 inci.
“Obviously
not to install in my boy's room…kalau ada member minat sila pm (private message) me, Hahah,”
katanya.
“Ada
juga yang tanya tadi..tengoklah next week la decide,” katanya.
Mohd
Noor berkata harga TV itu boleh disemak menerusi internet.
“Harga
untuk member tak de la mahal sangat…20 percent off boleh lah,” katanya dalam
nada berseloroh.
Menurutnya,
sebelum ini beliau pernah memenangi hadiah cabutan bertuah.
“Masa
bowling intermedia dulu ada dapat DVD player grand prize juga..sekarang DVD tu dah
kumpul habuk tapi elok lagi,” katanya.
Pada
keseluruhannya, pesta durian di perkarangan Wisma Bernama itu berjaya dalam keadaan cuaca yang baik walaupun
ada yang risau kemungkinan hujan.
“Alhamdullillah
semua berpuas hati.. Durian dan makanan lain ngam-ngam utk semua peserta,” kata
anggota jawatankuasa Mohd Fikri Ahmad.
Menurutnya,
bajet ‘lari’ kepada durian disebabkan harga buah itu yang melambung tinggi.
“Yang
FAMA sponsor lebih kurang 100 kg manakala KKB beli 700 kg termasuk Musang King,”
katanya.
Seorang
petugas Bernama menyatakan bahawa tidak ada apa yang perlu di’komplen’ mengenai
acara itu.
“Durian
or any other fruits are more enjoyable when we eat with loved ones and in this
case our office friends.
“Dah
la sekarang susah nak dapat durian ada pun mahal sangat
“RM15?
I won't complain at all
“And
you get to taste cempedak goreng, pisang goreng cheese, mee sup, drinks etc.
No comments:
Post a Comment