Perkhidmatan Datuk Zulkefli Salleh sebagai Pengurus Besar dan Datuk Zakaria Abdul Wahab sebagai Ketua Pengarang disambung selama setahun.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang pada mesyuarat penyelarasan mingguan Bernama pagi ini.
Katanya, ini merupakan lanjutan kedua bagi Datuk Zulkefli yang kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Haji.
Datuk Zakaria, yang dijadualkan bersara wajib pada 22 Sept ini, berkata beliau baharu mengetahui mengenai perkara itu.
“Saya tak bercadang nak sambung dan saya tidak melobi…kalau ada rezeki, adalah,” katanya pada mesyuarat itu yang dipengerusikannya.
Beliau menghormati keputusan itu serta mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.
“Bagi saya, ini satu tanggungjawab…yang penting kita bekerja dengan ikhlas dan memberikan impak yang baik kepada organisasi,” katanya.
Datuk Zulkefli dan Datuk Zakaria telah dilantik ke jawatan masing-masing pada 9 Disember 2014.
Datuk Zulkefli menggantikan Datuk Yong Soo Heong yang bersara wajib pada Oktober tahun berkenaan manakala jawatannya sebagai Ketua Pengarang diambil-alih oleh Datuk Zakaria yang sebelum itu merupakan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri.
No comments:
Post a Comment