Dalam
kesyukuran menyambut Hari Malaysia, sekumpulan warga Bernama mengatur langkah
mendaki gunung dengan azam untuk sampai ke puncak sebagai tanda simbolik bersatu
hati mencapai kecemerlangan.
Seramai
23 orang menyertai program pendakian Gunung Rajah di Bentong itu anjuran Kelab
Kakitangan Bernama (KKB) yang antara lain bertujuan memupuk semangat setiakawan
dan berpasukan.
Ia
juga bertujuan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan serta belajar pengalaman di
hutan.
Ketua
program Asri Junin berkata ekspedisi itu
juga bermatlamat mengekalkan nilai hidup sihat dan sentiasa berada dalam keadaan
cergas.
“Kami
bergerak dari Wisma Bernama pada pukul 12 malam hari Jumaat dan tiba di lokasi iaitu
Hutan Lipur Chamang, Bentong pada pukul 1.40 pagi hari Sabtu.
“Mula
mendaki pada pukul 2.30 pagi dan tiba di base
camp pada pukul 1 petang,” katanya.
Setiba
di base camp yang terletak pada ketinggian
1,000 meter, mereka berehat dan mendirikan khemah.
Setelah
selesai, mereka menyiapkan makanan, solat dan bermalam di base camp.
“Kami
bergerak naik ke puncak Gunung Rajah pada pukul 6 pagi hari Ahad selepas solat Subuh dan tiba di puncak pada pukul 10.30 pagi,” kata Asri.
Puncak
gunung itu ialah setinggi 5,528 kaki (1,685 meter).
Selepas
memasak dan bergambar di puncak semasa berada selama lebih kurang satu jam, mereka turun pada
pukul 11.30 pagi dan sampai semula di base
camp pada pukul 12.30 tengah hari.
“Kami
berehat, mandi, solat dan berkemas sebelum bergerak pulang pada pukul 2 petang….Tiba
di tapak mula pada pukul 6.30 petang,” kata Asri.
Selepas
solat Asar dan Maghrib, merekapun bergerak balik ke Wisma Bernama pada pukul 8
malam dan singgah di sebuah restoran mamak di Bentong untuk makan malam.
Mereka
tiba di Wisma Bernama pada pukul 11 malam tadi dengan membawa pelbagai kenangan
dan pengalaman untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga.
Menurut
Asri, keadaan cuaca adalah baik dan tidak terlalu panas semasa mereka mendaki
sehingga ke puncak tetapi hujan lebat menimpa mereka semasa turun dari base camp.
“Cabaran
memang banyak dan akan menjadi kenangan buat peserta program,” kata beliau.
Antaranya,
pendakian yang agak jauh dan memenatkan.
Keadaan
cuaca yang lembab dan berhujan masa menuruni gunung juga menjadikan semua yang
dirancang agak tersasar seperti beg yang semakin berat akibat basahan hujan.
“Pada
masa yang sama peserta mesti cepat sampai ke satu kawasan yang mana perlu
melintasi sungai.
“Sekiranya
lewat, peserta tidak boleh menyeberangi sungai kerana arus sungai yang deras
dan dalam.
Beliau
berkata akar-akar kayu yang bersimpang siur turut menyukarkan pendakian dan
penurunan.
Peserta
juga berdepan dengan batu besar yang bersudut 90 peratus untuk sampai ke puncak
dan perlu menggunakan tali sepanjang 50 meter.
“Perjalanan
ke puncak juga agak curam dan bergaung di bawah dan para peserta perlu berhati-hati
dan saling tolong menolong antara satu sama lain,” katanya.
“Binatang
berbisa seperti penyengat, ular dan pacat juga menjadi cabaran…tiga orang
peserta telah digigit penyengat dan cepat menerima rawatan (first aid yang cukup dibawa).
“Beberapa
peserta juga terserempak dengan ular di pertengahan jalan tetapi tiada perkara
buruk tejadi…Alhamdulilah.
Asri
berkata tahap kemampuan peserta juga berbeza, ada yang bertenaga dan ada juga
yang agak kurang bertenaga, menjadikan pergerakan menjadi kurang sempurna.
Menurutnya,
Gunung Rajah dipilih untuk pendakian itu kerana ia mempunyai pelbagai ciri
seperti trek yang jauh dan mencabar.
“Hutannya
mempunyai pelbagai jenis tumbuhan, ada pokok-pokok yang besar dan berusia, ada
pokok renek dan ada tumbuh-tumbuhan menjalar. ada sungai dan air terjun yang
cantik,” katanya.
Kedudukannya
yang dekat dengan Kuala Lumpur dianggap sesuai bagi peserta-peserta baru serta
menjadi pilihan AJK sebagai latihan untuk mendaki gunung-gunung lain yang lebih
mencabar.
tq pada yg buat posting blog ni
ReplyDelete