Membayangkan hari-hari mendatang tanpa ‘bos’
mereka yang akan bersara sudah cukup membuatkan para petugas Pusat Kecemerlangan Bernama berasa sedih.
“Beliau ibarat ayah kami…beliau ada, kami
bahagia…beliau tiada, terasa kosongnya...,” kata Penolong Pengurus Pusat
Kecemerlangan Bernama Ridzuan Mohd Ghazali.
Pengurus Kanan Pusat Kemerlangan Bernama
Ahmat Wahab, 67, akan meninggalkan Bernama apabila kontraknya tamat pada 27
September ini.
Ridzuan akan merindui gelak ketawa dan
gurau senda “Che Mat” yang kini bercuti menjelang persaraannya.
“Dalam keadaan tertekan macam mana
sekalipun, bila dia masuk saja ke pejabat, kami akan rasa bahagia.
Beliau memang tiada galang gantinya,”
katanya.
Walaupun ada yang menyatakan wajah Che
Mat nampak garang, namun tidak bagi Ridzuan.
Bagi
Ridzuan terlalu banyak detik bersama Che Mat yang akan dikenang.
“Kenangan dia di pejabat pun sudah
menjadi sesuatu yang terlalu bahagia untuk dikenang.
“Selain di pejabat, saat dia hadir ke
majlis perkahwinan saya, juga saat beliau begitu teruja untuk turun
bersama-sama ke majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang saya terima tahun
lalu.
“Detik manis semasa program team
building, apatah lagi selepas habis program, beliau kerap bawa saya dan
Adam pergi makan lewat malam...,” katanya merujuk kepada pereka grafik Adam
Faizq Linoby yang bertugas di unit latihan itu.
Ridzuan berkata sebagai tanda kasih
sayang mereka, para petugas Pusat Kecemerlangan telah membuat video semasa sambutan ulang
tahun Che Mat yang telah lama berkhidmat dengan Bernama.
Che Mat pernah menjadi pengarang berita
pada awal 1980-an dan anak-anak buahnya termasuk editor-editor kanan yang telah
dan sedang berkhidmat dengan Bernama.
Beliau berkhidmat seketika dengan TV3 sebelum kembali ke Bernama untuk membantu memantapkan operasi Bernama TV, yang berkembang menjadi Bernama News Channel (BNC).
Beliau berkhidmat seketika dengan TV3 sebelum kembali ke Bernama untuk membantu memantapkan operasi Bernama TV, yang berkembang menjadi Bernama News Channel (BNC).
Pada Ogos 2014, mantan Pengurus Besar Bernama
Datuk Yong Soo Heong telah menempatkan Che Mat, yang sebelum itu merupakan
Pengarah Operasi Perkhidmatan Audio-Visual, di Pusat Kecemerlangan Bernama
sebagai Pengurus Kanan Latihan untuk
melaksanakan tanggungjawab baharu melatih tenaga muda wartawan sehingga
peringkat pengarang berita.
Langkah itu bertujuan mengembalikan zaman
kegemilangan Bernama.
“Apabila kita kata glory days of
Bernama, saudara Ahmat Wahab adalah salah seorang daripada angkatan itu,” kata
Datuk Yong.
“Perpindahan saudara Ahmat dari Bernama
TV ke Pusat Kecemerlangan untuk mengendalikan latihan adalah berdasarkan
keperluan yang amat sangat.
“Saudara Ahmat sangat berpengalaman dan sering mengendalikan
kursus team-building tetapi keupayaannya lebih daripada team-building,” kata Datuk Yong.
Seperti juga Ridzuan, Safiah Nawawi
sangat sedih dengan persaraan Che Mat.
“En. Mat bos yang sangat sporting, yang
sentiasa happy.
“Dia bukan sahaja seorang bos tapi lebih
kepada seorang bapa yang sentiasa bagi panduan dan nasihat kepada anak-anak jika ada masalah...tak kira
masalah kerja atau peribadi,” katanya.
Antara detik dengan Che Mat yang akan beliau
ingati ialah semasa mengikuti program team building yang dikendalikan
oleh Che Mat.
“Kata-kata semangat ditanamkan oleh Cik Mat
agar terus bekerja dengan semangat satu pasukan serta menonjolkan mutu kerja yang
cemerlang untuk organisasi, walaupun jika ada beberapa perkara negatif atau
halangan yang berlaku,” katanya.
Waktu itu, Safiah belum berada di unit
latihan dan apabila dipindahkan untuk bertugas di bawah Che Mat, beliau begitu
gembira.
“Ya Allah, tak tau nak cakap apa, syukur sesangat....happy...lepas
tu pulak, Cik Mat ni seorang yang caring, dia akan pastikan anak buah dia
dah balik, baru dia balik,
“Dia akan meronda setiap kawasan untuk
pastikan semua dah berkunci...faham-faham je la kekadang kami semua ni
pelupa,” katanya serta bertanya siapalah agaknya yang akan menggantikan Che
Mat.
Eksekutif Latihan Maslina Mahadi berkata
mereka terlalu rindu kepada Che Mat yang mereka anggap sebagai ayah.
“Kami paksa dia datang ofis next week…InshaAllah
27 haribulan dia datang Bernama,” katanya yang bersama-sama rakan-rakan unit
latihan berkesempatan makan tengah hari dengan Che Mat di sebuah pusat
membeli-belah pada hari Khamis.
Maslina berkata beliau sedih dengan
ketiadaan Che Mat yang sentiasa memberikan nasihat kepada mereka.
“Terasa macam mana sedihnya masa En Roger
(Abdul Rahman Yeop Norodin) sakit dan terpaksa berhenti dari NNN (NAM News
Network) dulu.
“Macam berulang kembali kesedihan tu,”
kata Maslina yang pernah bertugas di NNN ketika ‘Roger’ menjadi pengarah
pertamanya.
“Kami dah anggap Che Mat macam
ayahanda sendiri…selalu bagi nasihat bila kami buntu nak cari jalan
penyelesaian.
“Walaupun dia bos, tapi time dia
bagi nasihat tu memang macam bapak-bapak punya style…Memang kami respek
habis kat Che Mat,” katanya.
“Kami kat sini memang tak segan minta nasihat dia bukan saja untuk tanya hal-hal ofis malah hal keluarga pun kami
selalu minta pendapat dia…contohnya pasal pendidikan anak-anak, mostly
pasal parenting guide,” katanya.
No comments:
Post a Comment