Sunday 12 August 2018

Ziarah Prihatin Bernama...

Terpanggil untuk membantu anak-anak yatim sebuah rumah kebajikan di Banting, Selangor Darul Ehsan, Bernama  menganjurkan Program Ziarah Prihatin dengan membawa sumbangan pakaian lelaki dan perempuan untuk mereka.
Majlis di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan, Kampung Manggis di Banting itu diadakan Isnin, 20 Ogos ni bermula 10.30 pagi.
Program itu anjuran bersama InfoLibNews, Unit Komunikasi Korporat Bernama, Kempen 3B (Baca Bersama Bernama), Kelab Kakitangan Bernama (KKB) dan Akrab Bernama.
Kunjungan itu merupakan lanjutan kepada Program Ziarah Ramadan BERNAMA ke rumah kebajikan berkenaan Jun lepas, kata Pengurus InfoLibNews Puan Hasnita Ibrahim.
“Ramadan lalu kita pergi bawa barangan dapur dan kempen 3B beri buku.
“Mereka perlukan rak…oleh itu kerana kita ada lagi rak buku, kita akan hantar.
“Masa pergi tu mereka nampaknya macam tak ada baju...mereka ramai yatim piatu dan rumah tu kurang dapat  sumbangan.
“So alang-alang, beri baju sekali.
“Mereka ada 40 orang berumur setahun hingga 17 tahun,” katanya.
Sumbangan boleh disalurkan kepada Unit Komunikasi Korporat dan InfoLibNews dengan tarikh tutupnya Jumaat 17 Ogos ini.




No comments:

Post a Comment