Wednesday 8 August 2018

Sistem kualiti Bernama mantap dengan pengiktirafan antarabangsa

Sistem Kualiti Bernama terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diperakukan layak dianugerah sijil baru ISO 9001:2015.
Perakuan itu diberikan hari ini oleh Lloyd's Register Quality Assurance (LRQA) setelah menjalankan audit pematuhan dan peralihan sijil ISO selama dua hari di Wisma Bernama.
“Alhamdulillah…Bernama lulus audit CR (certificate renewal) dan lulus audit NST (new standard transition),” kata Pengurus Unit Sistem Pengurusan Kualiti Khairul Annuar Abdul Majid.
“Bernama lulus cemerlang tanpa NCR Minor atau Major,” katanya.
Pasukan audit LRQA mengandungi tiga orang diketuai Encik Mohamed Ramli Daud.
Khairul Annuar berkata kejayaan itu adalah hasil usaha kerja berpasukan.
“Datuk CEO, Pengurusan BERNAMA, Pasukan Audit Dalam, sekretariat QMS, semua ketua Unit, Bahagian, Jabatan dan warga BERNAMA terlibat dalam menjayakannya,” katanya.
Sebelum ini versi sijil ISO Bernama ialah 9001:2008.  
Versi baharu ISO 9001:2015 itu mempunyai banyak penambahbaikan termasuk penekanan terhadap aspek pengurusan risiko.
Selain itu, kaedah-kaedah untuk pasukan audit dalam, yang terkandung dalam versi baharu, adalah lebih baik daripada versi terdahulu.
Manual kualitinya pun lebih komprehensif.


No comments:

Post a Comment