Wednesday 15 August 2018

Mengenali MoJo untuk tingkat keupayaan...

Perkembangan dunia digital membuka ruang bagi industri media meningkatkan keupayaan untuk memenuhi permintaan khalayak.
Penubuhan Meja Multimedia merupakan antara usaha Bernama untuk mengadaptasi peranannya seiring perkembangan semasa.
Syed Iylia (Foto drp Facebook)
Keperluan ini termasuk menggunakan kaedah Mojo (Mobile Journalism) sebagai usaha mempelbagaikan penyampaian berita kepada pelanggan dan masyarakat.
Mojo merupakan corak pemberitaan media baharu yang digunakan wartawan untuk merangka dan mengedit berita audio dan video menerusi telefon pintar.
Kira-kira 20 petugas editorial dari Perkhidmatan Berita Antarabangsa dan Bernama News Channel (BNC) menghadiri kursus  mengenai MoJo yang dikendalikan oleh wartawan Meja Multimedia, Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Azman.
“Saya berasa amat teruja mengikuti kursus ini…ia akan membantu kami membuat assignment untuk menghasilkan video,” kata wartawan Meja Bahasa Arab Muammar Eusoffi Zainol Abidin.
Rakannya Mujahid Ishak sependapat dan menyatakan cara pengajaran lebih berkesan kerana ia bersifat “dari kawan kepada kawan”.
“Baru saya tahu, apa yang diajar merupakan ciri-ciri yang ada dalam telefon pintar kita,” katanya.
Penggunaan pelbagai platform media baharu seperti Facebook, Twitter dan Instagram turut dilakukan Bernama bagi menyampaikan laporan berita dan maklumat secara mudah dan cepat kepada khalayak. 

No comments:

Post a Comment