Sunday 19 August 2018

Arafah, Perkampungan Sementara Bagi Jamaah...

Saudara Shamsudin Puteh, yang sedang mengerjakan ibadah Haji, meneruskan catatan dari Makkah. Beliau turut berkongsi foto dalam catatannya itu di Facebook.

Alhamdulillah! Kesesakan yang dijangka berlaku, dihindari Allah.
Perjalanan dari hotel penginapan di Makkah ke Arafah hanya mengambil masa kira-kira setengah jam.
Cuaca panas bukanlah perkara luar biasa di negara Arab. Tetapi, apabila bekalan elektrik di dalam khemah terputus ketika sinar mentari menyuluh bumi pada pukul 2 petang, maka terima sajalah dengan reda sebagai ujian.
Tak perlu bersungut sebab di luar khemah, suhu tak begitu tinggi kerana angin bertiup lembut.
Ketika meninjau kawasan sekeliling perkhemahan di Arafah, terjumpa bahagian dapur Muasasah.
Di situ, sempat berkenalan dengan sdr Shahadan, tukang masak warga Saudi berketurunan Patani.
Menurut Shahdan, dia diamanahkan untuk menyediakan makanan bagi 3,000 jemaah Malaysia.
Tukang masak lain menyediakan untuk jumlah lain pula. Paling istimewa, masakan di sini disediakan dengan menggunakan dapur kayu.
Patutlah lain rasa nasi minyaknya! Selalunya, tak rugi berbaik-baik dengan tukang masak seperti Shahdan ni!


No comments:

Post a Comment