Friday 24 August 2018

Nilai tambah liputan berita...


Pewarta Bernama di Bangkok Mohd Haikal Isa sedang gigih berusaha belajar membuat liputan secara langsung menerusi Facebook dengan menggunakan telefon pintar.
Usaha itu semata-mata untuk memberi nilai tambah kepada liputan yang dibuatnya berdasarkan kaedah Mojo (Mobile Journalism).
Mojo merupakan corak pemberitaan media baharu yang digunakan wartawan untuk merangka dan mengedit berita audio dan video menerusi telefon pintar.
“Sebelum ni tak tahu macam mana nak buat…dah buat baru saya tahu, untuk live kena pakai earphone dan stabilizer,” katanya ketika membuat ujian menerusi Facebook.
Sejak sebulan lepas, Haikal mengambil inisiatif untuk belajar mengedit video menerusi telefon pintar.
“...saya juga jadi cameraman pada assignment dan edit video untuk FB Bernama dan kemudiannya disiarkan juga untuk Twitter dan Instagram Bernama,” katanya.
Antara visual yang telah dihasilkan beliau ialah mengenai sebuah kafe kucing yang menjadi tumpuan di kota Bangkok.
Kafe Kuching bernama “Caturday” itu terletak di Jalan Phaya Thai.
Dengan 40 ekor kuching pelbagai jenis baka daripada British Shorthair ke Munchkin dan Scottish Fold, kafe itu menjadi lokasi popular bagi mereka yang mahu bermanja dengan haiwan kesayangan itu sambil menikmati makanan serta minuman.
Dua hari lepas, beliau menghasilkan berita video mengenai rampasan dadah oleh Biro Pencegahan Narkotik Thailand (NSB) setelah menahan sebuah treler di Ayutthaya.
Ia membawa muatan mengandungi 14.8 juta pil methampethamine yang mempunyai nilai pasaran berbilion Thai Baht.
Tiga lelaki berusia antara 29 hingga 32 tahun dari Chiangmai dan Nongkai ditahan oleh pihak berkuasa dalam operasi itu.
Menurut Haikal, beliau belajar sendiri teknik untuk mengedit video itu dengan membeli apps bagi tujuan tersebut.
“Dalam seminggu dua (belajar)…mula-mula tu kualiti editing agak teruk tapi selepas itu dah ok…banyak trial and error juga,” katanya.






No comments:

Post a Comment