Monday 20 August 2018

Mesej Dari Penjara...

 Tali gantung dan rotan yang digunakan Jabatan Penjara Malaysia dipamerkan di lobi Wisma Bernama hari ini.
Pameran itu sempena taklimat “Mesej Dari Penjara” dalam program pengetahuan am anjuran Pusat Kecemerlangan yang diadakan di Tingkat 12, Wisma Bernama.
“Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Ramai petugas yang hadir sampai kerusi pun tak cukup,” kata Penolong Pengurus Pusat Kecemerlangan Ridzuan Mohd Ghazali.
Seorang pegawai dari Penjara Kajang telah berkongsi maklumat mengenai suasana dan gambaran di penjara manakala seorang penghuni penjara, yang telah disabitkan dengan kesalahan pecah amanah, berkongsi pengalamannya menjalani hukuman sejak bulan Ogos tahun lalu.
“Secara amnya, program ini memberi gambaran kepada para peserta tentang kehidupan seorang pesalah di penjara…ia satu perkongsian yang sangat menginsafkan,”kata Ridzuan.
Satu video yang memaparkan visual mengenai penjara ditayangkan sebelum taklimat itu.
“Ia memberitahu bahawa penjara bukan satu tempat hukuman semata-mata, tapi bagi memulihkan pesalah,” katanya.


No comments:

Post a Comment