Thursday 9 August 2018

Cadangan bangunkan tanah Bernama di Cyberjaya


Sebuah syarikat pemaju hartanah hari ini mengemukakan cadangan untuk pembangunan bersama tanah Bernama di Cyberjaya.
Tanah seluas 2.47 hektar itu telah dibeli oleh Bernama dengan harga RM5.1 juta pada tahun 2003.
Nilai semasa dianggarkan RM11.7 juta.
Syarikat pemaju itu, Rotol-AMS Bumi Technologies Sdn Bhd., merancang membangunkan dua blok bangunan berkonsep SOHO (small office home office), masing-masing setinggi 16 dan 13 tingkat.
Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zulkefli  Salleh, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab serta anggota jawatankuasa pengurusan Bernama hadir pada pertemuan dengan syarikat berkenaan.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Rotol Datuk Seri Garry Chua.




No comments:

Post a Comment