Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan syarikat pengiklanan Grab Media Sdn Bhd
hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) bagi menerbitkan program
televisyen Ruang Bicara bersama Farah Fauzana.
Pengurus
Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh berkata program sebanyak 30 episod itu yang
dihoskan selebriti terkenal Fara Fauzana akan menonjolkan peranan, kreativiti,
keupayaan, rintangan dan kejayaan yang dicapai oleh usahawan dan ahli korporat
di negara ini.
"Kedua-dua
pihak mengharapkan agar program itu dapat memberi idea dan inspirasi kepada
semua," katanya dalam ucapan pendahuluan pada majlis pemeteraian itu di
Wisma Bernama.
MoA
itu ditandatangani Zulkefli dan Pengarah Eksekutif Grab Media Jamal K Mohd
Yusoff, disaksikan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.
Turut
hadir Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Timbalan Ketua Pengarang
Datuk Mokhtar Hussain.
Dalam
pada itu, Zulkefli berkata Bernama mempunyai kepakaran wartawan dan penyunting
yang boleh membantu mengeluarkan berita bersesuaian dengan tujuan program
tersebut.
"Kita
mempunyai lebih 500,000 pengikut Facebook dan 600,000 pengikut Twitter di mana
saluran media sosial sama penting bagi tujuan menguar-uarkan sebarang maklumat
berguna untuk pengetahuan umum," katanya.
Sementara
itu, Jamal K berkata Grab Media melihat Bernama sebagai aset dan mempunyai
kekuatan untuk memperolehi pengalaman yang seharusnya diterokai semua pihak.
"Program
tersebut mempunyai potensi besar untuk meningkatkan jumlah penonton jika
ditambah jumlah pengikut Fara Fauzana itu sendiri," katanya.
Program
Ruang Bicara itu boleh ditonton di Bernama News Channel bermula November 2017
di Astro saluran 502, MyPreview (121), HyppTV (410) dan di laman sesawang
Bernama.com.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment