Selepas
seminggu berlangsungnya kes perbicaraan berhubung pembunuhan Kim Chol atau Kim
Jong-nam, sebuah bilik khas disediakan untuk keselesaan pihak media
membuat liputan di Mahkamah Shah Alam.
Bilik
yang mampu memuatkan 40 orang pengamal media itu turut dilengkapi sistem audio
video yang memancarkan prosiding perbicaraan secara langsung yang dijalankan di
Tingkat Lima bangunan utama kompleks mahkamah itu.
Bilik
itu terletak di aras bawah bangunan mahkamah.
Menurut
kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), penyediaan
bilik tersebut disebabkan tempat duduk yang terhad di dewan perbicaraan.
Sejak
hari pertama perbicaraan yang bermula 2 Oktober lalu, hanya 10 anggota media
tempatan dan 10 anggota media luar negara dibenarkan berada di dalam dewan
perbicaraan.
Selain
Bernama, RTM, AFP, Reuters dan AP yang diberi keutamaan untuk membuat liputan
setiap hari, media lain terpaksa bergilir-gilir memasuki bilik perbicaraan.
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment