Balik dari tugasan yang jauh di Bentong, kepenatan jurufotografi Mohd Faizol Abdul Aziz hilang apabila dikejutkan dengan hadiah berupa kek pasukan bolasepak kegemarannya Liverpool.
Selain lambang pasukan serta ungkapan “MUNG DOK JALANG SORANG” yang diterjemahkan daripada slogan Liverpool “You’ll never walk alone”, tertera angka 37 pada kek itu.
“Isteri hadiah kan hihi…,” katanya yang berasa “sangat seronok dan teruja” dengan pemberian itu sempena hari jadinya hari ini.
“Hilang penat balik assignment jauh semalam... assignment (Datuk Seri) Liow Tiong Lai di Bentong..sampai rumah dekat jam 12 malam.
“Lepas mandi, layan anak dan time tu kek keluar...surprise saya hahahaha,” kata Faizol yang sudah lama meminati Liverpool.
“Saya support Liverpool sejak saya berumur 10 tahun, era forward Ian Rush, Steve Mcmanaman, John Barnes dan goalkeeper legend Bruce Grobbelaar diikuti zaman Steven Gerrard, Michael Owen, Robbie Fowler…,” katanya yang menyertai Bernama pada tahun 2014.
Sempena harijadinya, Faizol berharap mendapat keberkatan Allah untuk berjaya dalam kehidupan dan keluarga.
Beliau berkata peralatan kamera yang baharu diterima daripada Bernama minggu lepas dapat meningkatkan prestasi kerja.
“Seperti mendapat suntikan semangat yang berkobar-kobar selari dengan minat dan jiwa saya dalam fotografi di samping dapat meningkatkan kemahiran dalam peredaran teknologi digital kamera terutama video.
“Saya akan sedaya upaya menghasilkan karya foto yang paling bermutu untuk menaikkan nama Bernama khususnya,” kata anak kelahiran Pahang itu yang dibesarkan di Felda Jerangau Barat, Terengganu.
“Cabaran dalam tugasan sekarang adalah dunia online tanpa sempadan yang memerlukan penghantaran bahan assignment dalam kadar segera atau sepantas mungkin,” katanya yang bertugas di Biro Pahang.
Faizol dan isteri Siti Nurulhasmah Ahmad,30, dikurniai seorang anak perempuan Maryam berumur 6 bulan.
No comments:
Post a Comment