Ketua
Pegawai Pemasaran Bernama TV Syed Khedher Ismail Alqudsy kembali ke Pusat Kecemerlangan
dan Latihan sebagai Pengurus Kanan Latihan berkuatkuasa 16 Oktober lepas.
Beliau
mengambilalih jawatan itu berikutan persaraan Encik Ahmat Wahab pada 27
September lepas.
Syed
Khedher berada di Bernama TV selama kira-kira setahun enam bulan sejak April
2016 sebelum ditukarkan semula ke Pusat Kecemerlangan.
“Pertukaran
ini tidaklah begitu memeranjatkan kerana Pengurus Besar telah membayangkan
kepada saya untuk kembali ke unit latihan beberapa bulan lepas,” katanya.
Kehadirannya
sebagai Pengurus Kanan Pusat Kecemerlangan pada mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Bernama hari ini mendapat perhatian Pengurus Besar Datuk Zulkefli
Salleh yang mengharapkan Syed Khedher menjadikan pusat itu cemerlang dalam
penggal kedua pimpinannya.
Datuk
Zulkefli mahu Pusat Kecemerlangan mengeluarkan buku mengenai kursus
kewartawanan yang dianjurkannya untuk memberi
impak serta menaikkan nama Bernama sebagai
organisasi media terkemuka.
Beliau
mengemukakan cadangan itu selepas Syed Khedher melaporkan mengenai Bernama
School of Journalism (BSJ) yang telah menganjurkan kursus seperti ‘Persediaan
Liputan Belanjawan’ oleh mantan Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong pada 17
Oktober lepas.
Seramai
14 peserta menghadiri kursus itu bertujuan memastikan wartawan Bernama membuat
liputan berkualiti mengenai belanjawan yang akan dibentangkan oleh Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan di Dewan Rakyat
esok.
Datuk
Zulkefli bertanyakan sama ada rakaman dibuat semasa Datuk Yong menyampaikan
kursus kerana ia boleh dijadikan transkrip sebagai modul untuk dibukukan.
“Ini
serius kerana banyak perkara yang dicakap semasa mengendalikan kursus adalah
penting dan boleh menjadi panduan kepada wartawan,” katanya.
Beliau
juga mencadangkan agar kepakaran mantan Pengurus Besar Datuk Syed Jamil Jaafar dalam
bidang penyuntingan diberi perhatian dengan mendapatkan beliau mengadakan kursus penyuntingan.
“Ïtu
kelebihan dia…dia boleh spot mistakes and
teach editors the art of reprimanding reporters,” kata Datuk Zulkefli yang menganggap
kepakaran Datuk Syed Jamil menjangkau sehingga peringkat antarabangsa.
Seorang
lagi yang boleh menjadi tenaga pengajar ialah Pengarah NAM News Network (NNN) Encik Musa Scully, seorang pengarang berita yang dihormati semasa
berkhidmat dengan Bernama.
Syed
Khedher menyambut baik saranan Pengurus Besar agar modul kursus yang dijalankan oleh Bernama School of Journalism dibukukan.
Ini
termasuklah kursus liputan Belanjawan yang dikendalikan oleh Datuk Yong. Selain
transkrip, video kursus itu juga perlu disediakan untuk dijadikan bahan
rujukan.
"Üntuk
itu, saya akan berusaha mempastikan agar Pusat Kecemerlangan menjadi
pilihan bagi agensi-agensi serta badan korporat untuk menghadiri kursus
yang sesuai seperti menangani krisis (crisis communications) yang dikendalikan
oleh editor-editor Bernama sebagai tenaga pengajar,” katanya.
Malah, beliau berkata
hubungan baik Bernama dalam OANA (Pertubuhan Agensi-agensi Berita Asia
Pasifik) serta jaringan organisasi media yang lain menyediakan potensi bagi Bernama
memperluaskan kepakaran dalam latihan kewartawanan ke peringkat global.
No comments:
Post a Comment