Sunday 8 October 2017

Awas elak penjenayah...

Penaraju Bernama Radio Nazira Noran berkongsi foto serta catatan berikut di Facebook sebagai peringatan.


08.10.17 Innalillahi wainna ilaihir rojiuun. Musibah ini hadiah. Alhamdulillah ️ saya selamat walau sedikit tercedera di tangan kerana 2 penjenayah bermotosikal memecahkan cermin kereta di trafik light jln ampang berdepan balai polis jln tun razak waktu maghrib tadi. Penjenayah tadi cuba mengambil handbag di seat sebelah, tapi yang dirembatnya stereng lock saya. Hbag saya biasa letak di kaki tapi tadi hbag ada di atas peha kerana saya sedang mengambil charger hp. Dalam keadaan tunduk dan membalas mesej wasap kawan, mata saya juga terselamat dari terkena serpihan kaca. Kejadian berlaku terlalu pantas 10-30 saat motosikal yg mengambil barang itu lesap dengan stereng lock saya. Alhamdulillah sebelah kanan saya balai polis, saya terus membuat u turn dan buat report polis. Syukur alhamdulillah semuanya selamat. Peringatan untuk wanita yang memandu seorang.
Jangan jangan jangan sesekali letak hbag kat seat kiri. Saya yang tak letak hbag kat situ pun dia masih nak pecahkan kereta dan rembat apa yang ada kat seat sebelah (stereng lock yang dirembat). InsyaAllah pengajaran untuk saya dan semua wanita untuk tidak memberi peluang kepada penjenayah. Peringatan juga untuk saya dan wanita lain di stesen minyak atau tempat berisiko. Kalau berjalan seorang, lebih baik letak purse dlm poket saja. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment