Saturday 14 October 2017

Doa agar cepat sembuh....

Kunjungan kawan-kawan serta doa mereka agar beliau cepat sembuh memberi semangat kepada Encik Ishak Desa yang sedang dirawat di Hospital Melaka sejak lima hari lepas.
Antara sahabat yang mengunjungi beliau ialah Encik Ahmat Wahab yang baru menamatkan perkhidmatan dengan Bernama sebagai Pengurus Kanan Latihan.
Encik Ishak yang telah berkhidmat dengan Bernama selama 24 tahun bersyukur kerana hubungan persahabatan mereka tidak putus setelah lama berkenalan dan kerap bersarapan bersama.
Beliau juga menghargai ucapan dan doa kawan-kawan termasuk yang menelefon beliau untuk bertanya khabar.
Encik Ishak, 58, dimasukkan ke hospital untuk rawatan buah pinggang.
Menurutnya, pakar pemakanan telah memberi penerangan selama “dua hingga tiga jam” kepadanya semalam mengenai aspek pemakanan.
“Jagalah pemakanan,” katanya sebagai ingatan kepada kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment