Tuesday 16 October 2018

Unit Komunikasi Korporat JPM minat kursus penulisan Bernama


Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri (JPM) tertarik untuk menghantar para pegawai perhubungan awamnya mengikuti latihan penulisan di Pusat Kecemerlangan Bernama.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Komunikasi Korporat JPM, Haji Muhammad Aszahari Abdul Rahman yang mengetuai delegasi 30 pegawai perhubungan awam jabatan itu yang melawat Bernama hari ini.
Mereka mendengar taklimat daripada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab mengenai Bernama dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi berita nasional ini.
Aszahari berkata taklimat berkenaan telah memberikan maklumat lebih jelas kepada para pegawai itu mengenai perkhidmatan di Bernama dan individu yang tepat untuk dihubungi.
“Mungkin kita  boleh ambil kesempatan untuk bekerjasama dengan Bernama bagi melahirkan pegawai perhubungan awam yang boleh menulis sebagaimana dalam bidang kewartawanan.
“Kita memang mengambil Bernama sebagai satu saluran kita untuk menyampaikan maklumat berkaitan dengan program-program kerajaan, aktiviti yang dijalankan selama ini.
“Kita juga sentiasa memberikan Bernama untuk membuat liputan aktiviti JPM,” katanya.


No comments:

Post a Comment