Thursday 18 October 2018

PKNS mahu eratkan hubungan dengan Bernama


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini melawat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam usaha mengeratkan lagi hubungan.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata kerjasama dengan agensi berita tersebut yang telah terjalin sejak beberapa tahun lepas bakal diperluaskan terutama dalam aspek liputan berita mengenai projek-projek perumahan dan aktiviti PKNS.
“Lawatan pada hari ini adalah kerana kita (PKNS) hendak lihat sendiri bagaimana Bernama beroperasi. Kita juga ingin melihat bagaimana kita boleh slot in dalam bidang yang ada dalam Bernama ini seperti liputan berita ekonomi dan berita tempatan.
“Kita tahu Bernama mempunyai kepakaran dalam bidang ini (penghasilan berita) jadi kita boleh mendapatkan bantuan Bernama,” katanya ketika mengadakan lawatan itu ke Wisma Bernama.
Rombongan kira-kira 20 kakitangan PKNS itu turut melawat beberapa jabatan di Bernama termasuk Jabatan Pengarang bagi melihat proses penghasilan berita.
Rombongan tersebut dialu-alukan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab yang turut menyampaikan taklimat mengenai Bernama yang memulakan operasi pada tahun 1968.
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment