Thursday 18 October 2018

Pak Sahak tunggu pencen dua bulan lagi...


Perasaan saudara Ishak Desa berbelah bahagi menjelang pesaraannya Disember ini selepas 24 tahun berkhidmat dengan Bernama.
“Seronok pasal rilek...sedih pasal berpisah dengan rakan-rakan lama di Bernama....,” katanya mengenai perasaannya apabila genap 60 tahun.
“Pencen umur 60 tahun...lepas pencen relax...cuma hantar anak yang bongsu pergi tuisyen...
“Bukan boleh kerja kuat...tolong orang rumah berniaga nasi lemak, kueh mueh...,” kata Ishak yang lebih dikenali sebagai Pak Sahak dan kini berkhidmat di Bernama Melaka.
Beliau mempunyai dua anak lelaki, yang sulung berusia 26 tahun dan bekerja dalam bidang teknologi maklumat manakala yang bungsu berusia 16 tahun masih bersekolah.
Pak Sahak, yang genap berusia 60 tahun pada  20 Disember, berkata beliau perlu menjalani rawatan haemodylisis tiga kali seminggu – Isnin, Rabu dan Jumaat.
“Setiap kali selama empat jam dan saya pergi sendiri dengan motosikal tetapi kalau hujan, bawa kereta,” katanya mengenai pusat dialysis di Bukit Katil, Melaka.
Pak Sahak berkata beliau seronok apabila sahabat lama di Unit Kenderaan Azizi dan wartawan Bernama di Biro Melaka Ahmad Muliady berkunjung ke rumahnya di Kesang Tua, Jasin semalam.

No comments:

Post a Comment