Thursday 7 August 2014

Zid lega pendaftaran koperasi ...


Usaha gigih saudara Zid Omar dan rakan-rakan menggerakkan penubuhan koperasi menjadi kenyataan.
Sambil tersenyum gembira, Zid menunjukkan sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Jelas tertera nama KOPERASI BERNAMA BERHAD yang didaftarkan pada 11 Julai 2014.
“Langkah seterusnya ialah mendaftarkan ahli…kita akan buka kaunter di lobi Wisma Bernama untuk tujuan ini,” kata Zid selaku setiausaha koperasi.
Keanggotaan terbuka kepada semua kakitangan Bernama yang sedang berkhidmat atau telah bersara dari perkhidmatan.
Bekas kakitangan Bernama termasuk yang bekerja dengan anak syarikat Bernama juga layak menyertai koperasi itu.
“Bayaran masuk RM50 manakala saham minimum ialah RM100,” kata Zid yang penuh bersemangat untuk menggalakkan kakitangan Bernama menyertai koperasi.
Target kini minimum 100 orang untuk jadi ahli tapi saya rasa lebih yang minat,” katanya yang bersyukur dengan kelulusan pendaftaran koperasi itu.
“Boleh dikatakan cepat juga…dari mesyuarat agung permulaan hinggalah mendapat kelulusan, ia mengambil masa dua bulan,” katanya.
Koperasi dipengerusikan oleh Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Sallehdan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Datuk Zakaria Abd Wahab sebagai Timbalan Pengerusi.
Zid berkata mesyuarat lembaga pengarah yang lepas telah melantik biro-biro  bagi menggerakkan aktiviti koperasi.
Biro-biro ini meliputi biro ekonomi, biro keahlian, biro publisiti, biro penerbitan, biro kebajikan dan sosial serta biro pendidikan dan latihan
“Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan termasuk kontrak pencucian bangunan, perladangan dan pasar raya.
“Tapi saya rasa kalau kita buat percetakan boleh pergi jauh..sekarang ini Bernama pun dah keluarkan buku yang dicetak di luar, kalau koperasi dah boleh buat kerja ni, baik bagi koperasi saja,” kata Zid.
Beliau berkata aktiviti koperasi itu adalah untuk faedah kakitangan Bernama yang menjadi ahli koperasi.
‘Yang penting koperasi ini perlu bergerak sebab kita kena bayar dividen kepada ahli,” kata Zid.

No comments:

Post a Comment