Wednesday 13 August 2014

Memo pengurusan mengenai gegaran...


Kepada   :         Semua Penghuni Bangunan Wisma BERNAMA

Daripada:          Pengurus Kanan Sumber Manusia & Pentadbiran

Tarikh    :          13 Ogos 2014

GEGARAN BANGUNAN WISMA BERNAMA AKIBAT PROJEK PEMBINAAN 2 BLOK PANGSAPURI SERVIS DI ATAS TANAH BERSEBELAHAN

Bangunan Wisma BERNAMA mengalami gegaran kuat dan kerap ekoran kerja-kerja projek pembinaan di tanah bersebelahan bangunan kita dan pihak pengurusan turut berasa bimbang akan impak dan bahaya kepada struktur dan bahagian dalaman bangunan. Gangguan tersebut dijangka akan berterusan selama 6 bulan di samping gangguan lain seperti bunyi.

Sebagai makluman, kami telah mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju, jurutera dan juruperunding projek tersebut pada 7 Ogos 2014 bagi menyuarakan kebimbangan kita serta mendapat jaminan bahawa kerja-kerja yang sedang dijalankan tidak akan membahayakan struktur dan integriti bangunan kita.

Pihak mereka memberi jaminan bahawa gegaran yang dialami tidak akan membahayakan struktur bangunan kita dan Bangunan Wisma BERNAMA dibina untuk menghadapi gegaran seperti itu dan oleh itu adalah selamat.

Namun demikian, kami telah meminta mereka memberi jaminan secara bertulis dengan menyatakan bangunan kita adalah selamat. Mereka juga telah bersetuju terhadap permintaan kita supaya dipasang alat pengukur settlement dan tilting pada lokasi strategik di dinding bangunan kita bagi mengukur dan memantau pergerakan bangunan sekiranya ada.

Pemantauan terhadap kesan gegaran bersama kontraktor, konsultan dan wakil BERNAMA juga sedang diadakan secara berkala. Kerjasama tuan/puan juga dipohon bagi melaporkan sebarang perubahan atau kerosakan seperti keretakan kepada Bahagian Pengurusan Harta dan Pentadbiran.

Sekian, harap maklum.


VISVAKUMAR SANGIAH

No comments:

Post a Comment