Saturday 16 August 2014

Bermalam di Ismailia...



Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang sepatutnya memasuki Gaza petang ini terpaksa bermalam Ismailia.
Ini kerana kargo yang membawa makanan dan bekalan ubat-ubatan tidak dapat mengikuti konvoi yang lain disebabkan masalah teknikal yang dihadapi di Kaherah.
Mengikut perancangan awal, kumpulan seramai 83 sukarelawan perlu terlebih dahulu ke sempadan Rafah dan penghantaran kargo yang diluluskan lewat Jumaat akan menyusul kemudian, selepas kesemua 10 tan metrik muatannya dimasukkan ke dalam kontena.
Mereka bertolak dari Kaherah pada pukul 9 pagi ini.
Namun selepas tiba di Ismailia pada pukul 4 petang ini waktu tempatan, kargo tersebut masih tersangkut.
Foto BERNAMA
Pasukan sukarelawan termasuk dari Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dijangka menuju semula ke sempadan Rafah kira-kira 300 kilometer dari Ismailia pagi esok.
Misi yang diketuai Presiden KP1M, KP1M president Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berhasrat menyampaikan 5,000 kotak makanan dan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin.
Kira-kira 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza sejak 8 Julai lalu.
Laporan Nik Nurfaqih Nik Will
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment