Wednesday 20 August 2014

25 Petugas Media Berlepas Ke Jeddah Untuk Liputan Haji...

Foto BERNAMA

Dua puluh lima petugas media berlepas ke Jeddah hari ini bagi membuat liputan perjalanan ibadat haji di tanah suci Makkah dan Madinah, tahun ini.
Pengurus Besar Komunikasi Korporat Tabung Haji, Zuhani Ahmad berkata petugas-petugas itu yang menaiki pesawat Qatar Airways penerbangan QR847 pada pukul 3 pagi ini akan berada di tanah suci kira-kira 53 hari.
"Selepas berada di Jeddah mereka akan dibawa ke Madinah untuk melihat bilik jemaah, kaunter kewangan, klinik serta lain-lain kemudahan sementara menunggu ketibaan jemaah pertama pada 27 Ogos," katanya sebelum perlepasan petugas media di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Beliau berkata setiap petugas media juga telah diberikan tiga suntikan vaksin iaitu Pneumococcal, Meningitis dan Influenza.
Pada liputan musim haji kali ini, Bernama diwakili Penolong Pengarang di Meja Berita Am, Hafizah Kamaruddin.
Jumlah keseluruhan jemaah Malaysia yang bakal mengerjakan haji tahun ini ialah 23,220 orang dan penerbangan pertama dijadual berlepas pada 27 ogos ini dengan membawa 450 jemaah.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment