Saturday 23 August 2014

Salam persahabatan Bernama…


Foto Saiful Hadi
Ketika berkunjung ke Wisma Bernama pada 11 Ogos lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Antara, Saiful Hadi menyatakan agensi berita Indonesia itu mempunyai hubungan istimewa dengan Bernama.
“Siapapun yang memimpin Antara, kita akan tetap ada kerjasama special dengan Bernama,” katanya.
Sebagai manifestasi hubungan istimewa itu, Bernama turut memenuhi undangan Pak Saiful dan isteri Ibu Rina Hermina pada majlis resepsi perkahwinan anak lelaki mereka Ahmad Irfan Rinaldi di Jakarta hari ini.
Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Audio Visual Haji Mokhtar Hussain mewakili Bernama pada majlis itu yang berlangsung di auditorium Perguruan Tinggi Ilmu Kepolisian (PTIK) di Kebayoran Baru, sebuah daerah di Jakarta Selatan.
“Sebenarnya upacara akad nikah berlangsung pagi ini juga di dewan yang sama.
“Kemudian majlis resepsi berlangsung mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari,” kata Haji Mokhtar.
Perjalanan dari hotel penginapannya di Jakarta pusat ke PTIK mengambil masa kira-kira 40 minit dengan teksi.
“Sebaik sampai saya terus disambut di pintu masuk dan dipersila masuk.
“Wah…menarik sekali setting di dalam dewan dengan hidangan secara buffet.
“Hadirin dengan pasangan masing-masing berpakaian kemas sama ada mengenakan suit atau baju batek Indonesia.
“Lantas kelihatan Pak Saiful Hadi dan isteri menyambut tetamu yang berbaris naik atas pentas memberikan ucapan tahniah kepada ibubapa dan juga mempelai. Besan Pak Saiful juga berada di atas pentas.
“Saya juga diberi kesempatan naik ke atas pentas untuk mengucapkan tahniah kepada Pak Saiful dan isteri serta mempelai,” katanya.
Beliau menyampaikan “salam kasih serta salam persahabatan dari seluruh warga Bernama” kepada Pak Saiful.
Haji Mokhtar, yang turut menyampaikan bungkusan hadiah daripada Bernama, 
juga diberi peluang berfoto bersama kedua mempelai diapit Pak Saiful dan isteri.
Beliau sempat berkenalan dengan wakil Cihan news agency dari Turki bernama Selim Caglayan, yang fasih berbahasa Indonesia.
Seorang lagi kenalan barunya ialah Pengarah Press Information Division Taiwan Tommy Lee.

No comments:

Post a Comment