Monday 11 August 2014

Memantau pembinaan sebelah...



Kebimbangan terhadap gegaran yang dirasai warga Bernama disebabkan pembangunan projek di sebelah Wisma Bernama disuarakan lagi pada mesyuarat penyelarasan mingguan Jabatan Pengarang pagi ini.
Pengurus kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran  Encik S.Visvakumar memaklumkan bahawa perbincangan dengan pihak pemaju berkenaan serta juruperunding dan kontraktor utamanya telah diadakan minggu lepas.
Pihak pengurusan menjemput mereka untuk datang berjumpa Pengurus Besar.di mana kebimbangan warga Bernama telah disuarakan kepada mereka.
Gegaran dirasai minggu lepas walaupun kerja ‘piling’ belum dimulakan. Apa yang dilakukan sekarang ialah membina benteng (perimeter wall).
Walaupun mereka memberi jaminan Wisma Bernama adalah selamat, pihak pengurusan “tidak 100 peratus yakin” dan meminta mereka meletakkan tanda ukur (markers) di Wisma Bernama.
Ini bertujuan menentukan sama ada berlaku perubahan pada struktur Wisma Bernama secara “horizontal serta vertical”.
Kerja-kerja pembinaan benteng yang sedang dijalankan dijangka mengambil masa selama enam bulan.
Selepas itu kerja ‘piling’ akan bermula mengikut kaedah baharu yang telah diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Pemaju menyatakan kerja pembinaan lebih selamat selepas benteng disiapkan. Bernama telah meminta pemaju memberikan laporan yang disediakan juru perunding serta juru ukur bertauliah mereka.
Pihak pengurusan akan mengeluarkan makluman untuk menjelaskan keadaan kepada para petugas.
Sekiranya mereka melihat perubahan seperti pintu tidak boleh ditutup atau tanda retak, mereka diminta memaklumkan kepada Bahagian Pengurusan Harta.
Satu latihan kecemasan (evacuation drill)  juga dicadangkan agar  warga Bernama lebih mengetahui  apa yang harus dilakukan jika berlaku kecemasan.

1 comment:

  1. Pada pandangan saya, pihak pengurusan BERNAMA perlu mendapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) berkenaan dengan impak atau implikasi projek sebelah bangunan Wisma BERNAMA ni. BERNAMA perlu merujuk pihak yang TIDAK BERKEPENTINGAN dengan projek tersebut. Gegaran semakin hari semakin kuat. Risau juga kami yang berada di tingkat atas.

    ReplyDelete