Monday 4 August 2014

Ingatan terhadap ‘mahaguru’ …



Saudara Ramli Abdul Halim, stringer Bernama di Kelantan pada tahun-tahun 1980an, menghargai pengalaman yang diperolehi daripada agensi berita nasional ini. 

Beliau tidak lupa tunjuk ajar bekas Ketua Biro Bernama Kelantan Encik Ali Mamat, yang merupakan antara wartawan terkemuka yang pernah mengharumkan nama Bernama.
Dalam catatan di akaun Facebooknya hari ini, saudara Ramli menulis:
“Dukacita mendapat makluman dari blog Bernamaians....bekas boss dan mahaguruku dan juga mahaguru kepada kebanyakan para stringer Bernama Kelantan dalam bidang kewartawanan, Encik Ali Mamat kini dirawat di Hospital Sultanan Zaharah Kuala Terengganu kerana mengidap barah hati, kencing manis dan serangan angin ahmar kecil. Pada kesempatan ini saya mahu mengajak bekas rakan-rakan sestringer di Bernama, Wan Muhammad Wan Adam, Nuruldin Mat Hussein, Tuan Noh Tuan Ahmad (Tina Ahmad), Mukhtar Mustaffa, Cikgu Muhammad Daud, Zarina Mohd Zain, Rusman Salim dan beberaoa orang lain, tidak lupa Abe Yee (Bakari Haji Salleh - jurukamera RTM) menziarahi Encik Ali dalam tempoh terdekat. Semasa buat kerja-kerja dengan Felcra di Kemaman dan Dungun, saya dah cuba kesan Encik Ali tetapi gagal. Rakan-rakan sestringer dulu sila hubungi saya (melalui telefon 017-9871322017-9871322) untuk tentukan tarikh ziarah. Sebagaimana kita ingati beliau, terutama kerana bimbingannya dan berhajat menjumpai beliau, tentu Encik Ali juga mempunyai keinginan yang sama. KUNJUNGAN KITA MUNGKIN BOLEH MEREDAKAN KESAKITANNYA.”

No comments:

Post a Comment