Wednesday 2 July 2014

Pertandingan Video Klip Patriotik...



Bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan, BERNAMA menganjurkan pertandingan Video Klip Patriotik untuk warga BERNAMA. 
Lagu “Warisan” nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad menjadi inspirasi kepada tema pertandingan.
Temanya: Malaysia … Di sini lahirnya sebuah cinta

SYARAT PENYERTAAN
1.   Penyertaan terbuka kepada semua warga BERNAMA (termasuk BERNAMA TV, BERNAMA Radio24, BESSAR dan NAM News Network).  Setiap peserta mewakili jabatan/bahagian masing-masing dan boleh menghantar tidak lebih daripada 3 video berlainan.
2. Petugas dikehendaki menghasilkan klip video 3 minit menggunakan alat muzik mengikut kreativiti masing-masing sama ada muzik perkusi atau instrumen moden
3.   Berlatarbelakangkan keindahan negara sama ada semula jadi atau seni bina.
4.   Susunan muzik yang baik
5.   Suara yang bermutu
6. Dinyanyikan dengan penuh penghayatan menggambarkan patriotisme dan cinta seni sama ada secara solo atau berkumpulan.
7. Video hendaklah dirakamkan dalam Bahasa Melayu mengikut tema yang ditetapkan.  Karya mesti asli.
8.      Video boleh dirakam menggunakan telefon bimbit, tablet atau kamkorder, dalam format MOV, MP4 / 3GP dan tidak melebihi tiga (3) minit.
9.      Peserta dikehendaki mengisi Borang Penyertaan secara dalam talian. Penyertaan juga boleh dihantar melalui emel corpcomm@bernama.com.
10. Borang Penyertaan mesti sampai kepada urus setia pertandingan sebelum atau pada 8 Ogos 2014.
11. Peserta harus mengisi borang penyertaan yang disediakan lengkap dengan nama, jabatan/bahagian  dan nombor telefon.
12. Keputusan juri adalah muktamad.
13. BERNAMA berhak mempamerkan dan menerbitkan hasil penyertaan kepada umum.

 Tarikh tutup: 8 Ogos 2014

Penyertaan hendaklah dikirim menerusi e-mel atau dengan tangan  dalam bentuk CD/DVD kepada:  peraduan@bernama.com
Sebarang pertanyaan mengenai peraduan ini, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 03-2696 2306 / 03-2696 2307 atau e-mel kepada peraduan@bernama.com.

No comments:

Post a Comment