Wednesday 23 July 2014

Kain pelikat untuk Hari Raya ...


Anggota-anggota Kelab Kakitangan Bernama (KKB) menerima kain pelikat sebagai sumbangan kelab untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Penyerahan sumbangan itu dibuat di lobi Wisma Bernama bermula 11 pagi.
Menjelang tengah hari, hampir 70 peratus anggota KKB telah mengambil kain pelikat berjenama popular itu.
Setiausaha KKB Wan Mohd Rady Wan Abdul Rahman berkata KKB mempunyai 731 anggota termasuk kakitangan BESSAR, Bernama Radio24 dan anggota bersekutu.
Daripada jumlah itu, seramai 101 anggota adalah kakitangan biro di seluruh negara.
“Kami memilih kain pelikat sebagai sumbangan Raya kerana ia boleh dipakai dan tahan lama…kalau bagi makanan, mungkin tak tahan lama,” kata Wan Rady.
Beliau berkata sumbangan untuk anggota-anggota di biro akan dihantar melalui kurier mulai hari ini.  
Presiden KKB ialah Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong.



No comments:

Post a Comment