Tuesday 29 July 2014

Beraya dalam suasana kampung global...



 Berkereta menyusuri jalan-jalan utama Kuala Lumpur pagi ini begitu selesa sekali.
 Dalam suasana hari kedua sambutan Aidilfitri, kenderaan di ibu negara amatlah berkurangan berbanding hari-hari bekerja biasa. Bagi penduduk bandaraya yang saban hari terpaksa mengharungi jem di jalan raya, inilah satu keseronokan.    
Walaupun berhari raya di kampung lebih menyeronokkan, namun bagi mereka yang tiada kampung untuk pulang, Kuala Lumpur-lah menjadi kampung dalam kepesatan pembangunannya.
Foto BERNAMA
Jerebu yang menyelubungi ibu negara pagi ini tidak menghalang orang ramai terutama pekerja warga asing mengunjungi pusat membeli-belah serta tempat tumpuan seperti Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC),  
Bagi menyimpulkan rasa seronok berhari raya, catatan bekas stringer Bernama di Kelantan, Ramli Abdul Halim dalam akaun Facebooknya menarik perhatian:
“Raya sekarang tak meriah kerana antara keluarga dan rakan-rakan tak terpisah macam dulu lagi. Sekarang ni walaupun duduk berjauhan terasa dekat kerana maklumat mudah diperolehi melalui telefon genggam dan Facebook. Apa-apa berita pun boleh terima dalam tempoh yang singkat. Gambar pun boleh ditengok, malah berbual secara langsung pun boleh. Dulu jumpa dan dapat maklumat tentang keluarga dan rakan-rakan hanya bila raya atau bila ada kenduri. Seronok tu lain macam.”
Foto BERNAMA
Benarlah kata beliau, keseronokan tetap dirasai tetapi keadaan berlainan.
Dengan penggunaan WhatsApp, para editor Bernama dapat berkongsi maklumat walau di mana mereka berada untuk sambutan Aidilfitri.
Sebagaimana hidangan raya, cuaca juga beraneka menjelang tengah hari Raya kedua ini.
“Hujan lebat…dan basah di Sungai Petani…” kata Datuk Zakaria Abdul Wahab pada pukul 11.41pagi.
Jalan Masjid India
“Seremban hujan lebat, alhamdulillah..setelah hampir berbulan tidak dibasahi air langit..,”  kata Massita Ahmad pada pukul 12.25 tengah hari.
Dua minit kemudian, orang kuat Bernama Radio24, Hakimi Mohd Zain menyatakan: “Shah Alam jerebu…sampai Teluk Intan nanti saya update.”
Ketika itu juga menyusuri Jalan Masjid India – lubuk jualan bazar hari raya, masih ada gerai menjual pakaian, perhiasan dan kelengkapan raya walaupun tidak sesibuk suasana menjelang Aidilfitri.
“Ipoh clear…no jerebu” kata Ahmad Kamal Dahalan pada 12.37 tengah hari.
“Penang hujan,” Azeman Ariffin pula mencelah seminit kemudian.
“Segamat hujan…” kata Harlina Samson pada 12.39 tengah hari.
“Di Sg Petani hujan dah berhenti tapi langit masih mendung,” kata Ketua Pengarang Datuk Zulkefli Salleh pada waktu yang sama.
Sebagaimana Datuk Zakaria, beliau juga memuat naik foto hidangan Raya yang membuka selera. 
 

“Jerebu di Kelana Jaya, Petaling Jaya…dlm rumah pun mata rasa pedih…” kata ‘anak Kuala Lumpur’ Nor Faridah Abdul Rashid, yang berhari raya di rumah kakaknya, pada pukul 12.43 tengah hari.
Lima minit kemudian, Harlina yang berkereta dari selatan tanahair menyatakan:  “Aliran trafik di Simpang Ampat dari arah Alor Gajah /Tampin menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan dan Rembau sesak. Baru lepas hujan…”
Namun setengah jam kemudian, perjalanannya di lebuhraya itu sekali lagi meredah hujan tetapi aliran trafik ke utara dan selatan berjalan lancar.
“But R&R and fuel stations are crowded for pit-stop.”

1 comment:

  1. Ramli Abdul Halim - Stringer Bernama KB 1982-19904 August 2014 at 08:43

    Bernama tetap dalam kenangan. Bernama adalah sekolah saya dalam mengenali dunia, terutama dunia media.

    ReplyDelete