Wednesday 30 July 2014

Aidilfitri FotoBernama 2014...

Zulkarnain (kiri) dan Shahrizan semasa Syawal 2013


Bekerja semasa Hari Raya “sudah lali” bagi petugas media.
Kali ini pun, beberapa wartawan dan jurufoto Bernama beraya di luar negara, jauh dari keluarga dan sahabat handai kerana bertugas.
Di kalangan jurufoto, Zulkarnain Kamaruddin, 41, kini berada di Belanda untuk tugasan tragedi pesawat Malaysia Airlines serta Shahrizan Jefri Aziz, 33, di Scotland untuk liputan Sukan Komanwel.
Zulkarnain, yang menyertai Bernama pada tahun 2003 sebagai jurukamera Bernama TV berkata bekerja pada 1 Syawal bukan sesuatu yang baharu baginya.
Beliau pernah berkhidmat dengan TV3, Metrovision dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Shahrizan yang sudah berkhidmat dengan Bernama selama 11 tahun, berkata beliau juga tidak berasa apa-apa jika perlu bertugas pada Hari Raya.
“Kata orang, alah bisa, tegal biasa…tak ada nak nangis atau sedih,” katanya ketika ditanya untuk blog ini Syawal tahun lepas.
Tahun ini, rakan-rakan di FotoBERNAMA tampil bergaya dengan video Raya yang menyerlahkan daya kreatif mereka.
Sememangnya, mereka tidak melupakan Zulkarnain dan Shahrizan dalam persembahan video ini.
 

http://youtu.be/VQusavwsQW8





No comments:

Post a Comment