Wednesday 23 July 2014

Bookdrop mudahkan pinjaman buku InfoLib


InfoLib memperkenalkan mesin Bookdrop bagi memudahkan warga Bernama memulangkan buku yang dipinjam.
Mesin itu yang beroperasi 24 jam ditempatkan di lobi Wisma Bernama.
Resit bagi membuktikan pemulangan buku turut disediakan.
Ramai yang tertarik dengan penggunaan Bookdrop  semasa sesi pengenalan dijalankan dari 2 hingga 3 petang ini.
InfoLib turut mempromosi penggunaan mesin Self Check Kiosk  yang telah mula digunakan pada 24 Jun lepas.
Ia memberi kemudahan pinjaman dan pemulangan sendiri buku InfoLib dan Perpustakaan Negara Malaysia.
Kiosk itu ditempatkan di InfoLib di tingkat 11.
Sempena pengenalan Bookdrop itu, InfoLib mengadakan kempen menambah keahlian menggunakan system baru Mykad.
Sejak 24 Jun lepas, seramai 128 petugas telah menjadi ahli.
Promosi penggunaan World E-book Library juga diadakan.
1.      LoginID Portal InfoLibNews (infolibnews.bernama.com)
2.      Klik Quick Access
3.      Klik Icon World eBook Library
4.      Pilih Bahan Bacaan (Save/Print)
 InfoLibNews Hotline: 202

Pengurus InfoLib Puan Hasnita Ibrahim berharap penggunaan kemudahan itu akan meningkatkan pinjaman buku InfoLib.
“Kita harap dapat mengatasi jumlah 4,000 pinjaman tahun lepas yang merupakan pencapaian terbaik setakat ini,” katanya.
Di samping kemudahan itu, banyak buku baharu disediakan oleh InfoLib untuk menarik minat pengguna.
InfoLib turut mengedar bubuk lambuk semasa sesi promosi itu bagi merapatkan silaturahim sempena bulan Ramadan.
 

No comments:

Post a Comment