Monday 28 July 2014

Ketupat nasi segera pengubat hati…..


Menu Raya Team Bernama

Demi tugas, ketua meja sukan Bernama, Farhanah Azmi berhari raya di perantauan.
Beliau serta dua lagi rakan -- wartawan Nursyabiha Sukri dan jurufoto Shahrizan Jefri Aziz kini berada di Glasgow, Scotland untuk membuat liputan Sukan Komanwel.
Ini merupakan pengalaman pertama bagi Farhanah berhari raya Aidilfitri di luar negara.
“Sebelum ni Hari Raya Aidil Adha semasa buat liputan Sukan Asia di Guangzhou, China pada 2010 dengan arwah Zulhelmi Supaat,” katanya yang menerima cabaran itu sebagai “pengalaman yang  tidak boleh dapat di mana-mana”..
“Untuk pengubat hati, saya bawa ketupat nasi segera dan serunding daging.
“Saya beli pek yang satu kilo dan serunding satu kilo…rasanya bekalan makanan mencukupi, sebab masing-masing bawa bekalan,
“Saya siap bawa periuk nasi untuk rebus ketupat tu...hehehe” katanya.
Farhanah berkata mereka menyewa apartment dan ini memudahkan untuk memasak.
“Puasa memang memenatkan kat sini. Venue jauh-jauh sangat, cuaca panas tak macam kat Malaysia.
“Mood raya tak berapa nak ada sebab asyik mengejar berita.
“Bila buka FB, tengok kawan-kawan update status balik kampung, mula rasa sedih.
“Selain venue...cabaran lain sukar dapat makanan halal di sini, tak macam kat London,” katanya.
Mereka telah berada di sana sejak seminggu lepas.
“Kami berlepas ke sini 21hb lepas dan sampai Glasgow dalam pukul 11 malam hari yang sama (waktu Malaysia pukul 6 pagi 22hb).
“Dua hari juga lah jet lag sebab flight dari Malaysia pagi, so sepanjang penerbangan tu siang sahaja.
“Kami kat sini sampai 4 Ogos, insyaAllah 5 Ogos team Bernama sampai KLIA.
Farhanah berkata beliau ada mendengar Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan sambutan hari raya dengan komuniti Malaysia di sana.
“Kalau MSN buat sambutan raya, kami akan cuba cari masa untuk raikan sama-sama sebab masa yang sama event Sukan Komanwel sedang berlangsung…tugasan diutamakan...hehehe,” katanya.
“Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin,” katanya ketika ditanya mengenai ucapannya untuk kawan-kawan.
“Doakan semoga kontinjen Malaysia beroleh kejayaan di sini dan juga kepada kami di sini selamat pulang selepas selesai tugasan,” katanya.


No comments:

Post a Comment