Thursday 3 July 2014

Kagum di perkampungan Orang Asli...


Haslinda (kiri) dan Noraini
Tugasan ke satu penempatan Orang Asli meninggalkan kenangan manis bagi wartawan Haslinda Zainal.
Beliau yang ditemani jurufoto Noraini Ahmad kagum dengan kebersihan Kampung Semelor, di hutan Belum-Temenggor, yang pernah dinobatkan sebagai kampung paling bersih di Perak. Kira-kira 100 penduduk daripada 33 buah keluarga kaum Temiar mendiami kampung itu.
Inilah catatan Haslinda:
“Masa mula-mula dapat tugasan tu saya fikir juga alamak nak masuk hutan ke..tapi saya terima sebab tak pernah sampai tempat tu dan mungkin ia satu pengalaman baru buat saya.
Actually tu assignment PM lancar Belum Rainforest Resort fasa kedua yang dibangunkan Syarikat Emkay..
Kami pergi 3 hari 2 malam pada 7-9 Mei. Function PM pada 9 Mei...so 7 dan 8 tu Emkay bawa kami ke kawasan Orang Asli tapi kami tak masuk hutan pun.
Kami ke Kampung Semelor naik 4wd…memang macam roller coster la..sebab jalan tanah merah dan tak rata…
Jumpa Orang Asli pun satu pengalaman buat saya..sebab last saya jumpa Orang Asli kat Taman Negara Pahang..tu pun dah lama...
Kali ni saya berpeluang berbual dengan mereka..mereka memang malu-malu dan kebanyakan diam dan senyum saja.
Anak-anaknya pun macam tu jugak tapi saya kagum dengan kegigihan Tok Batin tu yang berfikiran jauh.
Dia tahu pendidikan sangat penting dan dia juga mahu Org Asli pandai cakap bahasa Inggeris..
Masa mula-mula sampai kampung tu memang bersih sungguh...rumahnya tersusun dan bersih.
Kami terserempak dengan seorang ibu yang berkemban tengah mengendong anaknya..sedikit sebanyak nature Org Asli tu takkan hilang walaupun kampung tu agak moden...dia pun tersengih malu nampak kita orang..
Bila kampung tu bersih, kita nak buang sampah merata pun tak berani.
Walaupun plastik straw air mineral pun simpan dalam kocek seluar...tak nak buang merata sebab satu sampah boleh nampak kat atas tanah tu kalau kita buang.”
Bagi Noraini pula, yang sudah empat tahun bertugas di Perak, kunjungan ke kawasan alam sekitar yang tenang seumpama itu memang menarik minatnya.
“Walaupun saya sudah biasa ke perkampungan Orang Asli, namun kalau boleh nak pergi lebih kerap.
“Bila kita berada di kawasan itu, lain rasanya dari kita duduk di bandar…persekitarannya yang nyaman dan bersih membuatkan kita begitu tenang. 
“Makanan pun segar kerana ikan kelah umpamanya mudah, kata Noraini.
Dalam rencana mengenai masyarakat Orang Asli itu, Haslinda
menyatakan perubahan di penempatan itu adalah hasil gigih Tok Batin,  Samad Jeranggong, 52, - yang berusaha mengubah fikiran orang kampung itu serta persepsi orang luar terhadap Orang Asli.
Bagi Samad kebersihan bukan sahaja penting dalam memberi imej yang baik kepada kampung itu malahan ia dapat mengelak berlakunya sebarang penyakit.
"Kalau kotor, penuh dengan sampah akan mudahlah penyakit datang, di sini klinik jauh jadi untuk elakkan orang kampung sakit, saya tekankan pentingnya menjaga kebersihan kepada penduduk", katanya.
Atas sikap prihatin Samad, tidak hairanlah kampung itu dinobatkan sebagai kampung paling bersih di Perak untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2005 dan 2006 selain diangkat menjadi kampung pelancongan pada November 2011.
Samad juga menggalakkan anak Orang Asli rajin belajar agar mereka boleh berjaya setanding dengan masyarakat lain.

No comments:

Post a Comment