Monday 28 July 2014

1 Syawal di Wisma Bernama ...

Foto BERNAMA


Hari ini 1 Syawal namun organisasi media seperti Bernama tetap beroperasi walaupun cuti umum sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Tidak ada istilah “tutup pejabat” bagi Bernama yang beroperasi tanpa henti sejak memulakan perkhidmatan pada 20 Mei, 1968.
Sama ada cuti umum untuk perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau hari kelepasan am yang lain, operasi pemberitaan Bernama perlu diteruskan.
Apatah lagi keluarga Bernama yang berkembang dengan adanya perkhidmatan radio dan televisyen.
Bagi menghargai para petugas yang bekerja, majlis Hari Raya Aidil Fitri diadakan di  Wisma Bernama.
Selain ketupat dan lemang serta rendang daging dan ayam, nasi beriani, mi kari  dan nan turut disediakan di lobi bermula pukul 10.30 pagi hingga 4 petang -- sejam lebih daripada jadual.  
Foto BERNAMA
Suasana bertambah ceria dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berkunjung ke Wisma Bernama untuk mengucapkan “Selamat Hari Raya” kepada warga Bernama yang bertugas.
Selain Bilik Berita di tingkat satu, beliau melawat tingkat tiga untuk bertemu petugas Bernama TV serta naik ke tingkat 15 untuk ditemubual oleh Bernama Radio24.
Pengurus Besar Datuk Yong Soo Heong mengiringi Datuk Seri Ahmad Shabery sepanjang kunjungannya itu.  

No comments:

Post a Comment