'Malaysia...
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta', yang menjadi tema Sambutan Hari Kemerdekaan
ke-57, benar-benar menyentuh hati dengan membawa maksud mendalam.
Apa yang cuba ditonjolkan kali ini dalam menzahirkan patriotisme ialah ia bermula dengan hati, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Daripada hati, kita menggerakkan perbuatan kita dan 'Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' melihat soal bagaimana secara mendalam kita kasih dan sayang kepada negara kita," katanya.
Beliau berkata tema itu tidak bersifat politik tetapi suatu perasaan universal yang memberikan kebebasan kepada orang ramai menzahirkan perasaan cinta kepada negara.
"Ada orang kata saya sayang negara ini kerana ada nasi lemak, teh tarik...ada orang sayang kerana tempatnya indah, cuacanya baik dan ada yang lain pula mungkin kerana keamanan yang kita peroleh, sukar dicari di tempat lain," katanya.
Setelah memikirkan kaedah untuk membawa rakyat menghayati erti kemerdekaan kali ini dengan tidak menggunakan perkataan atau konsep baharu, maka bait lagu "Warisan" nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih sebagai tema.
"Sebenarnya bermula tahun lepas, kita mengambil tema daripada lagu... tahun lepas 'Tanah Tumpah Darah Ku' daripada lagu Negaraku," katanya.
Lagu "Warisan" ciptaan Syed Haron Ahmad itu dipilih kerana ia sebuah lagu popular yang syahdu dan menusuk jiwa.
"Dan ia tidak menjadi tema-tema cinta biasa yang didendangkan oleh anak-anak muda tetapi lagu ini adalah evergreen yang sepanjang masa digemari oleh orang ramai.
"Apatah lagi Allahyarham Sudirman merupakan ikon yang menjadi pujaan dan boleh diterima oleh orang ramai pada suatu masa dahulu," kata Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
Allahyarham juga telah menyanyikan lagu-lagu bersifat patriotik seperti 'Tanggal 31 Ogos' dan 'Tegakkan Bendera Kita' selain daripada Warisan.
Bagi menjelmakan rasa cinta kepada negara yang diperjuangkan oleh penyanyi itu, acara "Memori Chow Kit" akan diadakan selama tiga malam pada 29, 30 dan 31 Ogos ini yang menampilkan lagu-lagu bersifat patriotik.
Tempat itu dipilih bagi mengingati konsert percuma yang pernah diadakan oleh Allahyarham Sudirman dan dihadiri puluhan ribu orang terutama para peminatnya yang tidak berpendapatan tinggi.
Tema sambutan itu telah diumumkan Ahmad Shabery pada 24 Jun lepas tetapi peristiwa yang menyusul membabitkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) -- lambang yang menjulang nama negara di angkasa -- memberikan makna besar kepada perasaan cinta.
Solidariti rakyat dalam tragedi pesawat MAS Penerbangan MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai menunjukkan bagaimana mereka turut merasai kesedihan sanak saudara dan sahabat handai yang kehilangan orang yang disayangi.
"Segala-galanya kita lihat berkisar bagaimana kita menghargai mereka dengan orang yang mereka cintai...cinta yang mendalam sekali, ibu kepada anak, anak kepada ibu, kawan kepada kawan
"Penghormatan yang diberikan kepada mereka yang kehilangan orang yang disayangi menunjukkan negara memberikan nilai yang tinggi kepada warganegara kita apabila berlakunya tragedi seperti ini,
"Ia begitu tragis sekali apabila pesawat kita ditembak dan kita menjadi mangsa dalam kancah geopolitik pihak yang bersengketa..ini semua menjadi manifestasi yang telah kita tunjukkan," katanya.
Dalam soal MH17, beliau berkata perjuangan negara belum selesai dengan keupayaan membawa jenazah warganegara Malaysia pulang ke tanah air walaupun ia telah melalui jalan yang sangat sukar.
"Kita tidak berhenti setakat itu sahaja kerana kita akan pergi ke arena antarabangsa dengan cara terbaik untuk menuntut keadilan...untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya.
Ahmad Shabery berharap sambutan kemerdekaan ini dapat menunjukkan manifestasi bahawa walau apa pun yang berlaku, rakyat akan tetap bersatu mengharungi apa jua cabaran.
"Kita berada dalam kemurungan tetapi tidak bermakna kita tidak boleh melangkah, memandang ke depan dengan tabah.
"Sebagai negara kecil, kita kena tunjukkan bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan dalam apa keadaan sekalipun.
"Kita mesti tunjukkan bahawa rakyat bersatu dan bersama-sama merayakan sambutan ini, sekurang-kurangnya ini memberi kekuatan kepada mereka yang berada di barisan hadapan," katanya.
Ahmad Shabery berkata antara ikon yang menjadi tarikan utama sambutan di Dataran Merdeka nanti ialah watak animasi Upin dan Ipin.
"Orang mungkin hairan kenapa karekter animasi ini menjadi ikon...Upin dan Ipin kini menjadi satu aset negara yang sudah menembusi pasaran antarabangsa sebagai harta intelek yang patut kita banggakan.
"Kita bukan sahaja bangga dengan Proton dan hasil industri kita tetapi juga hasil daripada industri kreatif yang dilahirkan oleh negara kita," katanya.
Menurutnya, Upin dan Ipin akan menjadi pengacara pada hari tersebut dan dipaparkan pada skrin besar di dataran bersejarah itu.
"Dahulu orang menganggap pergi untuk menyaksikan perarakan adalah kerja ibu bapa membawa anak-anaknya.
"Sekarang ini, kita mahu anak-anak pula yang mengajak ibu bapa kerana hendak berjumpa dengan Upin dan Ipin," katanya.

OLEH AHMAD ZUKIMAN ZAIN
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment