Misi
bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) yang sepatutnya memasuki Gaza
petang ini terpaksa bermalam Ismailia.
Ini
kerana kargo yang membawa makanan dan bekalan ubat-ubatan tidak dapat mengikuti
konvoi yang lain disebabkan masalah teknikal yang dihadapi di Kaherah.
Mengikut
perancangan awal, kumpulan seramai 83 sukarelawan perlu terlebih dahulu ke
sempadan Rafah dan penghantaran kargo yang diluluskan lewat Jumaat akan
menyusul kemudian, selepas kesemua 10 tan metrik muatannya dimasukkan ke dalam
kontena.
Mereka
bertolak dari Kaherah pada pukul 9 pagi ini.
Namun
selepas tiba di Ismailia pada pukul 4 petang ini waktu tempatan, kargo tersebut
masih tersangkut.
Foto BERNAMA |
Pasukan
sukarelawan termasuk dari Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan
Islam Malaysia (Mapim) dijangka menuju semula ke sempadan Rafah kira-kira 300
kilometer dari Ismailia pagi esok.
Misi
yang diketuai Presiden KP1M, KP1M president Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim
berhasrat menyampaikan 5,000 kotak makanan dan bantuan perubatan kepada rakyat
Palestin.
Kira-kira
2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Gaza sejak 8
Julai lalu.
Laporan
Nik Nurfaqih Nik Will
--
BERNAMA
No comments:
Post a Comment