Saudara
Ahmat Wahab menamatkan tugas sebagai Pengarah Operasi Perkhidmatan Audio-Visual
untuk melaksanakan tanggungjawab baharu melatih tenaga muda wartawan sehingga
peringkat pengarang berita.
Pengurus
Besar Datuk Yong Soo Heong, yang mengumumkan demikian hari ini, berkata langkah
itu bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan Bernama.
“Apabila
kita kata glory days of Bernama, saudara Ahmat Wahab adalah salah
seorang daripada angkatan itu.
“Kalaulah
kita tidak menggunakan kepakarannya, kita mensia-siakan kehadiran beliau di
Bernama,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
di Wisma Bernama.
Perpindahan saudara Ahmat dari Bernama TV ke Pusat
Kecemerlangan untuk mengendalikan latihan adalah berdasarkan keperluan yang
amat sangat, katanya.
“Kita
tak mahu wartawan Bernama sering terpijak kulit pisang dengan melakukan
perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” kata Datuk Yong.
Dengan
pengalamannya, saudara Ahmat dapat melatih pasukan editorial Bernama sehingga
ke peringkat pengarang terutama mereka
yang baharu kembali bertugas di ibu pejabat dari biro negeri.
“Perkara
ini tidak boleh dibuat sambil lewa jika kita mahu menjadi pakar komunikasi dan
pemberitaan.
“Saudara
Ahmat sangat berpengalaman dan sering
mengendalikan kursus team-building tetapi keupayaannya lebih daripada team-building,”
kata Datuk Yong.
Selain
penyuntingan berita, saudara Ahmat mahir dari segi ‘news angling’
(mendapatkan sudut berita) untuk menghasilkan berita-berita yang berkualiti.
Datuk
Yong berkata Editor Perunding Encik S.Sivaselvam juga ditempatkan di Pusat
Kecemerlangan untuk memantapkan latihan kewartawanan Bernama.
Menurutnya,
Bernama bertuah kerana mantan Pengurus Besar Datuk Syed Jamil Jaafar, yang juga
bekas ketua pengarang, serta editor-editor veteran seperti Musa Scully, Leong
Koon Choy dan Amin Husaini Harun masih berkhidmat di organisasi ini.
Datuk
Syed Jamil kini penasihat Bernama Radio 24 manakala Musa, Leong dan Amin
bertugas di NAM (Non-Aligned Movement) News Network (NNN) yang berpejabat di
Wisma Bernama.
Pada
mesyuarat itu, yang Dipertua Kesatuan Pekerja-pekerja Bernama Zaharin Mat Noor
memaklumkan bahawa jamuan sempena ulangtahun ke-40 kesatuan itu akan diadakan di
Pusat Dagangan Dunia Putra pada 13 September ini.
No comments:
Post a Comment