Peranan
dan sumbangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj terhadap kemerdekaan
Tanah Melayu sangat besar. Walaupun ada pihak yang mempertikai satu dua perkara
tentang kemerdekaan yang dicapai daripada Inggeris itu, namun jasa Tunku dalam
mendapatkan kemerdekaan negara tidak boleh dinafikan.
Sesuai dengan tema
sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini ‘Di sini lahirnya sebuah cinta’, apa
salahnya kita mengenang kembali dan menghargai atau mencintai jasa dan kebaikan
Tunku dalam memerdekakan negara.
Sajak ini disiarkan
bersempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara Ahad ini dan bagi menghargai
jasa serta sifat terpuji Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia.
POTRET SEORANG
PEJUANG
Bapa
Merdeka
menyusuri
jejak riwayatmu
adalah
menjelajahi daerah perjuangan
yang
tunjangnya adalah keyakinan
sendinya
adalah keberanian
dan
senjatanya adalah kebijaksanaan
dalam
merungkai belenggu penjajahan
siapalah
yang dapat menafikan
jerih
pengorbanan yang engkau curahkan
kata
nista yang terpaksa kau telan
dalam
merintis jalan kemenangan
namun
semangatmu
tak pernah pudar
niatmu
tak pernah tersasar
dan
matlamatmu tak pernah bertukar
kerana
yang kau impikan bukanlah kemasyhuran
tetapi
kenikmatan sebuah kemerdekaan
Tunku
pada
dirimu
kami
temui ketulusan perjuangan
keluhuran
kepimpinan
dan
kemurnian perikemanusiaan
yang
tidak mengenal batas keturunan
kepercayaan
dan darjat kehidupan
dalam
menegakkan keadilan dan keharmonian
di
bumi warisan
SHAMSUDIN
PUTEH
No comments:
Post a Comment