Pengunjung
ke majlis “rumah terbuka” Pusat Maklumat dan Perpustakaan Berita (InfoLibNews) menikmati lebih daripada
pelbagai juadah yang dihidangkan.
Kebanyakan
mereka pasti tersenyum, walaupun mungkin diminta untuk memberikan senyuman manis,
sebelum meninggalkan majlis yang turut diadakan sebagai tanda kesyukuran
berpindah ke “pejabat baru”.
Bagi
mengabadikan detik bersejarah itu, para petugas InfoLib mendapat ilham merakamkan potret tetamu yang disiapkan
segera untuk diberikan kepada mereka sebagai cenderahati.
Idea
kreatif itu amat praktikal kerana mendorong senyuman keriangan di kalangan para
petugas InfoLib dan tetamu untuk bergambar bersama menjalin kemesraan.
Dengan
menyelitkannya pada batang buluh, potret segera itu dapat menyerikan lagi meja pejabat
masing-masing.
Sambutan untuk potret cenderahati itu begitu menggalakkan sehingga tuan rumah kehabisan kertas pencetakan!
Sambutan untuk potret cenderahati itu begitu menggalakkan sehingga tuan rumah kehabisan kertas pencetakan!
Sebagai
gedung ilmu, banyak pengajaran dan pelajaran dapat ditimba daripada pusat
maklumat itu.
Antara
yang menyerlah ialah maklumat mengenai Bernama yang dipaparkan di dinding. Ia mengandungi latar belakang dan
pencapaian perpustakaan Bernama sejak ia mula beroperasi pada Januari 1968.
Pada
15 Januari 2001, perpustakaan itu dikenali sebagai InfoLib dan sejak Jun lepas, menambah
perkataan “Berita” kepada namanya.
Ia
kini dikenali sebagai InfoLibNews yang mempunyai koleksi lebih 4.6 juta berita
dan maklumat.
Pengurus
InfoLibNews Hasnita Ibrahim bersyukur kerana dipermudahkan perpindahan
InfoLibNews dari tingkat 8 ke tingkat 11, yang diubahsuai dengan kelengkapan
dan memudahan moden,
“Kami
belum mempromosi banyak lagi perkhidmatan kerana baru sangat berpindah.
“Lepas
ini, kita akan full swing termasuk memperkenalkan portal kami dan
menggalakkan penggunaan e-book,” kata Hasnita yang berpakaian merah --
warna tema petugas bagi majlis itu.
InfoLibNews merupakan
pelanggan Perpustakaan eBook Dunia, yang mempunyai koleksi kira-kira tiga juta
buku dan dokumen dalam 200 bahasa dan boleh diakses melalui Internet.
No comments:
Post a Comment